Nota

Sebarang pertanyaan mengenai manuskrip novel, klik di sini atau e-melkan ke novelonenusantara@gmail.com.

19/11/2010

Astana Novella di The Mines


Kepada anda yang berada berhampiran dengan Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC), The Mines, mari singgah ke sana sempena pesta buku yang berlangsung pada 19 hingga 28 November ini. Siri novel Astana Novella juga akan turut dijual di sana iaitu di gerai yang bernombor G1.

17/11/2010

Raya dan Cuti


Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dan selamat bercuti kepada anda yang sedang ataupun akan bercuti panjang. Nantikan novel dan komik baru terbitan kami yang akan menemani cuti anda pada Disember ini.

22/10/2010

Dialog Penulisan di Sekolah

Tiga orang novelis One Nusantara Sdn Bhd yakni Nurfa (Aku, Dia & Gitar), Ilmar Imia (Budak SMART dan Pemuja Rahsia) dan Izan Ali (Buku Bunga-bunga dan Ilham) telah berkesempatan ke SMK Taman Desa, Bandar Country Home, Rawang semalam sempena Pelancaran Sudut Membaca 1Malaysia, One Nusantara dan sesi Dialog Penulisan Novel Bersama Novelis One Nusantara.

Program yang berlangsung selama dua jam itu bertujuan mendedahkan para pelajar dengan dunia penulisan novel di samping berkongsi pengalaman dengan novelis yang terlibat. Antara topik yang dibincangkan adalah keperluan seorang novelis, asas penulisan novel, perkembangan idea, teknik menulis dan platform untuk menulis.

Sebelum majlis berakhir, para novelis juga sempat beramah mesra dan menandatangani autograf buat pembaca yang hadir. Terima kasih atas kerjasama guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Taman Desa, Bandar Country Home, Rawang.




Bagi sesiapa yang belum mendapatkan kelima-lima buah novel Astana Novella, anda bolehlah melayari Bookstation untuk membeli secara online dengan tawaran diskaun sebanyak 20%!

05/10/2010

Study Biar Lepak, Tapi Result Bagi Gempak!



Selamat menduduki peperiksaan PMR kepada semua pelajar Tingkatan 3 di seluruh Malaysia!



20/09/2010

All The Best!


Kepada adik-adik Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR esok, selamat menduduki peperiksaan. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang hendaknya, ya.

07/09/2010

Salam Lebaran

Okey, dengan ini Nancy hendak umumkan yang hari esok bukan hari raya! Hehe... Siapa yang hendak percaya hari esok ialah hari raya? Okey, okey... Sebenarnya, Nancy hendak beritahu kepada semua pembaca novel di luar sana yang kedua-dua buah novel terbaru siri Astana Novella sudah dapat dibeli menerusi online di kedai buku Bookstation. Jadi, pastikan anda mengikut cara-cara yang telah Nancy terangkan dalam entri yang lalu.

Dan di kesempatan ini juga, Nancy hendak mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang beragama Islam di seluruh dunia. Salah satu perkara yang ditunggu-tunggu menjelang hari raya ini, pastilah waktu untuk pulang ke kampung, berjumpa ibu bapa, keluarga serta sanak saudara yang jarang-jarang dapat berkumpul bersama. Jadi, hargailah waktu-waktu begini. Pulanglah menjenguk mereka.


Bagi yang beraya di Kuala Lumpur, Pesta Buku Popular di KLCC masih lagi berlangsung sehingga 12 September ini. Jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan pelukis komik kami iaitu Aliow dan Totoro (Oka) dan Clay (Kachigo) pada 11 September nanti, ya. Selamat hari raya!

01/09/2010

Novel Pengganti Duit Raya

Ke mana destinasi raya anda pada tahun ini? Adakah Kuala Lumpur termasuk dalam salah sebuah destinasi anda? Ha, jika ya, apa kata anda mengunjungi pesta buku anjuran kedai buku, Popular, di KLCC pada 4 hingga 12 September ini. Gemilang Publishing dan Bookstation akan turut memeriahkan pesta buku ini.

Selain komik baru seperti yang Nancy uar-uarkan dalam entri sebelum ini, kami juga ada dua buah novel remaja terbaru iaitu "Ilham" dan "Pemuja Rahsia". Diskaun 20% akan diberikan apabila anda membeli setiap judul novel ini termasuk tiga buah novel Astana Novella yang lain.






Memandangkan novel-novel ini diterbitkan dekat-dekat hendak raya, jadi anda bolehlah beli novel-novel ini sebagai pengganti duit raya kepada anak-anak, anak buah ataupun sesiapa sahaja yang datang beraya ke rumah anda :)