Nota

Sebarang pertanyaan mengenai manuskrip novel, klik di sini atau e-melkan ke novelonenusantara@gmail.com.
Showing posts with label Tentang ND. Show all posts
Showing posts with label Tentang ND. Show all posts

11/11/2009

Hantu Pun Takut Dengan Manusia?

Ni info yang Nancy dapat masa tengah siapkan research tuk majalah info-nomik yang ketiga. Memandangkan tajuk cerita isu ni adalah berkenaan dengan hantu, maka Nancy banyak buat kajian tentang hantu. Huhu...seram kan? Tapi bila dapat info ni, Nancy rasa kita dah tak perlu takut dengan hantu lagi :)

Nak tahu banyak lagi info pasal hantu ni, jangan lupa dapatkan majalah info-nomik Rumah Patung Hantu yang akan terbit pada Februari 2010 nanti ya! Banyak lagi info-info best yang Nancy akan masukkan tuk bacaan tahun baru korang nanti. For sure lebih baik daripada dua isu sebelum ni.



Sedutan daripada filem seram Thailand, 'Shutter'. Seram tak? Hehe...

05/11/2009

Transformasi


Akan ditranform ke dalam bentuk majalah info-nomik. Tunggu! :)

31/10/2009

Betul ke Hantu Tu Wujud?

Wah, nampaknya kita dah sampai ke penghujung bulan Oktober 2009! Esok dah masuk bulan November. Adik-adik yang sekolah tu mesti happy sakan sebab dah nak cuti sekolah. Bagi adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan SPM pulak mesti berdebar-debar menanti peperiksaan besar ni. Relaks. Asalkan adik-adik rajin buat ulang kaji, Kak Nancy yakin adik-adik dapat jawab semua soalan tu dengan tenang :)

Actually, Nancy baru je balik dari pesta buku kat Kolej Yayasan Melaka dan Mersing. Seronok dapat jumpa adik-adik yang datang ke pesta buku tu. Meriah sangat! Tambah-tambah lagi ada kartunis Oka, Aliow dan Totoro serta Clay, kartunis Kachigo. Memang tak menang tangan diorang nak melayan permintaan adik-adik yang mahukan autograf diorang. Apa-apa pun, Nancy harap adik-adik yang datang berpuas hati. Ada rezeki, kita jumpa lagi.

Kat pesta buku tu jugak, Nancy dapat tahu antara keempat-empat komik Nancy Drew, 'Rumah Patung Hantu' la yang paling diminati oleh adik-adik. Adik-adik memang suka cerita hantu dan seram ek? Nancy pun tengah siapkan 'Rumah Patung Hantu' versi majalah. So, adik-adik jangan lupa dapatkan majalah ni nanti ek. Nancy jamin adik-adik takkan rugi beli majalah ni coz Nancy jugak berusaha bagi memastikan yang terbaik untuk adik-adik.

30/09/2009

Kembali Sibuk

Selepas bercuti panjang, Nancy akan kembali sibuk menyiasat dua kes misteri lagi yang berlaku kat Sungai Heights bersama dua sahabat baik Nancy iaitu George dan Bess.

The Charmed Bracelet
Global Warning

11/09/2009

Nancy Sedang Sibuk!

Hai, korang! Tinggal kurang 9 hari je lagi umat Islam akan menyambut hari kemenangan yakni hari raya. Macam mana dengan puasa korang? Dah ada lopang tak?

Nancy sekarang baru je settlekan satu kes iaitu kes Pewaris Palsu. Kapal yang hilang bertahun-tahun lalu tiba-tiba muncul dari dasar tasik dan ada harta karun di dalamnya! Ayah Nancy, peguam yang bertanggungjawab menguruskan wasiat pemilik kapal tu terpaksa mencari waris pemilik kapal tu. Namun, ada sesuatu pada pewaris tu yang buat Nancy ragu-ragu.

Kes tu dah settle dan sekarang Nancy tengah siasat kes chimpanzi yang hilang pulak. Mula-mulanya, Nancy ingat Cheeters tu orang tapi rupa-rupanya chimpanzi! Kenapa ada orang nak culik Cheeters ek? Adakah sebab rantai berlian yang dipakaikan oleh tuannya? Betul ke Cheeters tu wujud ataupun cuma khayalan tuannya je? Tu yang Nancy kena siasat ni.

Selain dua kes ni, ada dua kes lagi yang Nancy kena settlekan sebelum raya. Nanti dah settle, Nancy kongsikan pengalaman Nancy menyiasat kes-kes tu dengan korang ye :)

26/08/2009

Syyy... Rahsia

The secret of the Girl Detective





Want to know the secret? Just click here.


27/03/2009

Puteri Detektif

Dia peka.
Dia bijak.
Dia berkeyakinan.
Dia tidak dapat dihentikan.
Dan dia akan menjejaki anda.

Dia ...

NANCY DREW

AKAN DATANG