Nota

Sebarang pertanyaan mengenai manuskrip novel, klik di sini atau e-melkan ke novelonenusantara@gmail.com.

08/08/2011

Comic Club Fantasy Red

Judul: Comic Club Fantasy Red

Cerita/ilustrasi: Various artist

Genre: Fantasi

ISBN: 978-967-5440-62-5

Halaman: 120 muka surat

Saiz Buku: 12.8 cm x 18.2 cm

Penerbit: Komikku Daiichi Sdn Bhd
Harga: S/M RM5.50, S/S RM6.50


Peruncit: MPH outlets

Pesta Buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia


Sinopsis:

Menampilkan tiga buah cerita pendek yang bertemakan fantasi untuk si gadis, iaitu "Putera Mancis dengan Bunga Matahari" oleh PYX Group, "Parallel Angel" oleh Kanda Wangdee dan "Alice in Murderland" oleh Nair.

Putera Mancis dengan Bunga Matahari (PYX Group)

Kisah pengembaraan Putera Mancis dengan bidadari kecil yang ingin mencari jawapan kepada suatu persoalan. Benarkah bunga matahari ialah bunga yang amat sombong sehingga menyebabkan kesengsaraan matahari dan mancis seperti yang diceritakan turun-temurun? Ikuti karya terbaru PYX Group, pelukis "The Trainee Cupid".

Parallel Angel (Kanda Wangdee)

Kavin dan Karter ialah roh jalanan yang bertukar menjadi dewa pelatih yang dipanggil Parallel Angel. Mereka ditugaskan untuk menghasilkan mimpi dengan menarik keluar roh manusia yang berada dalam kekeliruan dan membawanya pergi ke suatu dunia lain agar mimpi yang terhasil itu akan mewujudkan pemikiran positif kepada manusia tersebut. Karya terkini Kanda Wangdee, pelukis "Open" dan "See You in My Dream".


Alice in Murderland (Nair)

Alice, gadis muda yang termasuk ke dalam dunia dark fantasy. Dia dituduh terlibat dalam kes pembunuhan dan diburu oleh rakyat dan para pegawai di sana. Apakah punca dia dituduh? Ikutilah ceritanya. Dihasilkan oleh Nair, pelukis kulit buku yang hebat!

22/07/2011

Manga Thai Terbaru - See You in My Dream

Judul: See You in My Dream #1

Cerita/ilustrasi: Kanda Wangdee

ISBN: 978-967-5440-50-2

Saiz Buku: 12.8 cm x 18.2 cm

Harga: S/M RM5.50, S/S RM6.50

Penerbit: Komikku Daiichi Sdn Bhd

Belian Online: http://www.bookstation.com.my/

Peruncit: MPH outlets

Pesta Buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia

Sinopsis:

Adakah anda mencintai seseorang? Seseorang yang membuatkan hari-hari anda penuh bermakna. Seseorang yang menjadi tempat perlindungan untuk anda. Seseorang yang akan membuatkan anda menangis dan ketawa setiap masa. Adakah anda pasti bahawa perasaan anda sama dengannya? Adakah anda pasti bahawa ia akan kekal begitu selama-lamanya?


Judul: See You in My Dream #2

Cerita/ilustrasi: Kanda Wangdee

ISBN: 978-967-5440-51-9

Saiz Buku: 12.8 cm x 18.2 cm

Harga: S/M RM5.50, S/S RM6.50

Penerbit: Komikku Daiichi Sdn Bhd


Peruncit: MPH outlets

Pesta Buku: KLIBF, Pesta Buku Selangor, Popular Bookfest, MPH Bookfair, Read Malaysia

Sinopsis:

Cinta sejati sentiasa ada cabaran. Adakalanya sukar untuk menghadapi kehilangan dan kesusahan tetapi cinta tetap sentiasa indah. Ikuti kisah cinta yang bukan sahaja ada dalam mimpi.

27/05/2011

Novel ON di The Mines

Selain di kedai buku Kinokuniya, KLCC, novel-novel One Nusantara juga boleh didapati di The Mines, Serdang sempena Read Malaysia 2011 yang berlangsung pada hari ini hingga 05 Jun nanti.







Pesta buku ini akan bermula seawal jam 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 10.00 malam setiap hari sepanjang program berlangsung. Berbagai-bagai tawaran dan promosi istimewa menanti anda!

06/05/2011

Novel ON di Kinokuniya, KLCC

Pihak One Nusantara ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi singgah di booth kami ketika pesta buku di PWTC berlangsung minggu lalu.

Terima kasih juga buat semua yang menyokong dan membeli bahan-bahan bacaan terbitan One Nusantara.

Dan berita baik buat anda yang tidak berkesempatan untuk ke sana pada jangka waktu tersebut, kini anda boleh membeli novel-novel terbitan One Nusantara di kedai buku Kinokuniya, KLCC.




Antara novelnya ialah "Janji Julia" oleh Maria Kajiwa, "The Untold Story" oleh Farah Husain, "Antasia: Satu Permulaan" oleh Nurfa, "Pemuja Rahsia" oleh Ilmar Imia dan "Ilham" oleh Izan Ali.

Bagi novel "Aku, Dia & Gitar" oleh Nurfa, "Budak SMART" oleh Ilmar Imia dan "Buku Bunga-bunga" oleh Izan Ali pula dijangka akan diulang cetak tidak lama lagi.

25/04/2011

Tawaran Hebat Sempena PBAKL 2011!

Hari ini sudah masuk hari keempat Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 di PWTC berlangsung. Kepada anda yang masih belum ke sana, segeralah ke sana bagi menikmati diskaun-diskaun dan tawaran hebat daripada kami!



Tawaran adalah berbeza setiap hari. Bergantung pada stok yang ada. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini!

20/04/2011

Mari Beli Novel dan Beramah Mesra Bersama Novelis ON

Miliki novel-novel terbitan One Nusantara seperti berikut:-

Siri Astana Novella (remaja)
1) Aku, Dia & Gitar (Nurfa)
2) Budak SMART (Ilmar Imia)
3) Buku Bunga-bunga (Izan Ali)
4) Ilham (Izan Ali)
5) Pemuja Rahsia (Ilmar Imia)

Siri Astana Fantasia (fantasi)
1) Antasia: Satu Permulaan (Nurfa)
2) The Untold Story (Farah Husain)
3) Janji Julia (Maria Kajiwa)

Siri Kucing Triwarna (misteri & penyiasatan)
1) Pembunuhan di Universiti Hagoromo (Jiro Akagawa)
2) Misteri Pembunuhan Sawako (Jiro Akagawa)
3) Misteri Banglo Kucing (Jiro Akagawa)


serta temui novelis kami pada jadual seperti berikut:-


Tarikh: 23 April (sabtu)
Waktu: 12.00 tengah hari - 2.30 petang
Novelis: Maria Kajiwa, Nurfa, Izan Ali & Ilmar Imia

Tarikh: 24 April (ahad)
Waktu: 12.00 tengah hari - 2.30 petang
Novelis: Maria Kajiwa, Nurfa, Izan Ali & Ilmar Imia

Tarikh: 30 April (sabtu)
Waktu: 12.00 tengah hari - 2.30 petang
Novelis: Farah Husain, Nurfa, Izan Ali & Ilmar Imia

Tarikh: 01 Mei (ahad)
Waktu: 12.00 tengah hari - 2.30 petang
Novelis: Farah Husain, Nurfa, Izan Ali & Ilmar Imia


di gerai D03-D06, Dewan Tun Hussein Onn, PWTC pada 22 April hingga 01 Mei ini!

14/04/2011

Homuzu Kembali!

Novel sambungan Siri Kucing Triwarna karya Jiro Akagawa, "Misteri Pembunuhan Sawako" dan "Misteri Banglo Kucing" kini sudah masuk stor.



Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkannya sebelum Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang bermula pada 22 April ini, anda boleh membelinya secara online di kedai buku online kami, Bookstation.

29/03/2011

Tempahan Dibuka Sekarang!

Akan menemui anda pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011... 22 April hingga 1 Mei ini.


Anda juga dapat memilikinya dengan membeli secara online di kedai buku online kami, Bookstation.

16/03/2011

Kisah Katayama dan Homuzu


Kes Pembunuhan di Universiti Hagoromo sudah selesai. Kes apa pula yang perlu disiasat oleh Katayama kali ini? Adakah Homuzu masih setia di samping Katayama? Nantikan sambungannya April ini...



Misteri Pembunuhan Sawako


Sawako telah dibunuh dengan kejam di kondominium mewah daerah Meguro. Kejadian ini diikuti dengan beberapa siri pembunuhan. Persoalannya, siapakah yang telah membunuh Sawako? Dan siapakah yang melakukan pembunuhan bersiri itu? Ikuti bagaimana Katayama menyelesaikan misteri pembunuhan Sawako.



Misteri Banglo Kucing


Satu demi satu misteri berlaku. Bermula dengan peristiwa Katayama bertemu dengan wanita cantik di dalam tren. Kemudian, rentetan kes pembunuhan kejam pemilik banglo kucing yang penuh misteri dan tiada kesudahannya. Apakah motif di sebalik pembunuhan kejam itu? Siapakah yang punya angkara? Syaitan atau manusia yang bertopengkan syaitan?

01/03/2011

Akan Terbit

Nantikan kelahiran novel-novel di bawah label baharu kami, "Astana Fantasia" tidak lama lagi.
Antasia: Satu Permulaan (Nurfa)
- urban fantasi -


Kejadian di pusat membeli-belah Antasia telah mengubah kehidupan normal yang dimiliki oleh Lucas Shah Putera. Kejadian itu juga turut meninggalkan kesan yang mendalam apabila Luna Lusia disahkan "hilang". Namun, diari Luna Lusia membantunya menyelesaikan kebuntuan yang dialaminya dan dia terpaksa mengakui bahawa "dunia" itu wujud.


The Untold Story (Farah Husain)
- urban fantasi -


Pertemuannya dengan Diaz, lelaki kacak yang mempesonakan telah mengheret Teja Aira ke sebuah dunia gelap yang tidak disedari kewujudannya. Di dunia itu, Aira mengenali Night Crawler yang dingin, Shifter yang menakutkan dan Custos yang menyenangkan. Siapakah mereka? Mengapakah kehadiran mereka perlu dirahsiakan? Dan mengapakah Aira turut terheret dalam pertelingkahan yang sudah berlanjutan selama beratus tahun ini?


Janji Julia (Maria Kajiwa)
- aksi thriller -


Pada tahun 2050, Malaysia telah dilanda wabak Rhyto F99 dan diancam oleh puak pemberontak yakni No-Mondus. Dalam situasi genting itu, Julia telah berjanji kepada sahabat baiknya, Mimi untuk menghantarnya pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat. Mampukah mereka mencari jalan pulang? Mampukah sebuah janji ditunaikan walau bayarannya adalah nyawa?

02/02/2011

Gong Xi Fa Cai


Selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada semua yang menyambutnya.

01/01/2011

2011


Kami sentiasa berusaha membekalkan bahan bacaan yang terbaik untuk anda. Nantikan lebih banyak lagi bahan bacaan terbitan kami pada tahun 2011 ini.