Nota

Sebarang pertanyaan mengenai manuskrip novel, klik di sini atau e-melkan ke novelonenusantara@gmail.com.

01/03/2011

Akan Terbit

Nantikan kelahiran novel-novel di bawah label baharu kami, "Astana Fantasia" tidak lama lagi.
Antasia: Satu Permulaan (Nurfa)
- urban fantasi -


Kejadian di pusat membeli-belah Antasia telah mengubah kehidupan normal yang dimiliki oleh Lucas Shah Putera. Kejadian itu juga turut meninggalkan kesan yang mendalam apabila Luna Lusia disahkan "hilang". Namun, diari Luna Lusia membantunya menyelesaikan kebuntuan yang dialaminya dan dia terpaksa mengakui bahawa "dunia" itu wujud.


The Untold Story (Farah Husain)
- urban fantasi -


Pertemuannya dengan Diaz, lelaki kacak yang mempesonakan telah mengheret Teja Aira ke sebuah dunia gelap yang tidak disedari kewujudannya. Di dunia itu, Aira mengenali Night Crawler yang dingin, Shifter yang menakutkan dan Custos yang menyenangkan. Siapakah mereka? Mengapakah kehadiran mereka perlu dirahsiakan? Dan mengapakah Aira turut terheret dalam pertelingkahan yang sudah berlanjutan selama beratus tahun ini?


Janji Julia (Maria Kajiwa)
- aksi thriller -


Pada tahun 2050, Malaysia telah dilanda wabak Rhyto F99 dan diancam oleh puak pemberontak yakni No-Mondus. Dalam situasi genting itu, Julia telah berjanji kepada sahabat baiknya, Mimi untuk menghantarnya pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat. Mampukah mereka mencari jalan pulang? Mampukah sebuah janji ditunaikan walau bayarannya adalah nyawa?