Nota

Sebarang pertanyaan mengenai manuskrip novel, klik di sini atau e-melkan ke novelonenusantara@gmail.com.

11/09/2009

Nancy Sedang Sibuk!

Hai, korang! Tinggal kurang 9 hari je lagi umat Islam akan menyambut hari kemenangan yakni hari raya. Macam mana dengan puasa korang? Dah ada lopang tak?

Nancy sekarang baru je settlekan satu kes iaitu kes Pewaris Palsu. Kapal yang hilang bertahun-tahun lalu tiba-tiba muncul dari dasar tasik dan ada harta karun di dalamnya! Ayah Nancy, peguam yang bertanggungjawab menguruskan wasiat pemilik kapal tu terpaksa mencari waris pemilik kapal tu. Namun, ada sesuatu pada pewaris tu yang buat Nancy ragu-ragu.

Kes tu dah settle dan sekarang Nancy tengah siasat kes chimpanzi yang hilang pulak. Mula-mulanya, Nancy ingat Cheeters tu orang tapi rupa-rupanya chimpanzi! Kenapa ada orang nak culik Cheeters ek? Adakah sebab rantai berlian yang dipakaikan oleh tuannya? Betul ke Cheeters tu wujud ataupun cuma khayalan tuannya je? Tu yang Nancy kena siasat ni.

Selain dua kes ni, ada dua kes lagi yang Nancy kena settlekan sebelum raya. Nanti dah settle, Nancy kongsikan pengalaman Nancy menyiasat kes-kes tu dengan korang ye :)