Nota

Sebarang pertanyaan mengenai manuskrip novel, klik di sini atau e-melkan ke novelonenusantara@gmail.com.

07/09/2010

Salam Lebaran

Okey, dengan ini Nancy hendak umumkan yang hari esok bukan hari raya! Hehe... Siapa yang hendak percaya hari esok ialah hari raya? Okey, okey... Sebenarnya, Nancy hendak beritahu kepada semua pembaca novel di luar sana yang kedua-dua buah novel terbaru siri Astana Novella sudah dapat dibeli menerusi online di kedai buku Bookstation. Jadi, pastikan anda mengikut cara-cara yang telah Nancy terangkan dalam entri yang lalu.

Dan di kesempatan ini juga, Nancy hendak mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang beragama Islam di seluruh dunia. Salah satu perkara yang ditunggu-tunggu menjelang hari raya ini, pastilah waktu untuk pulang ke kampung, berjumpa ibu bapa, keluarga serta sanak saudara yang jarang-jarang dapat berkumpul bersama. Jadi, hargailah waktu-waktu begini. Pulanglah menjenguk mereka.


Bagi yang beraya di Kuala Lumpur, Pesta Buku Popular di KLCC masih lagi berlangsung sehingga 12 September ini. Jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan pelukis komik kami iaitu Aliow dan Totoro (Oka) dan Clay (Kachigo) pada 11 September nanti, ya. Selamat hari raya!