Nota

Sebarang pertanyaan mengenai manuskrip novel, klik di sini atau e-melkan ke novelonenusantara@gmail.com.

22/10/2010

Dialog Penulisan di Sekolah

Tiga orang novelis One Nusantara Sdn Bhd yakni Nurfa (Aku, Dia & Gitar), Ilmar Imia (Budak SMART dan Pemuja Rahsia) dan Izan Ali (Buku Bunga-bunga dan Ilham) telah berkesempatan ke SMK Taman Desa, Bandar Country Home, Rawang semalam sempena Pelancaran Sudut Membaca 1Malaysia, One Nusantara dan sesi Dialog Penulisan Novel Bersama Novelis One Nusantara.

Program yang berlangsung selama dua jam itu bertujuan mendedahkan para pelajar dengan dunia penulisan novel di samping berkongsi pengalaman dengan novelis yang terlibat. Antara topik yang dibincangkan adalah keperluan seorang novelis, asas penulisan novel, perkembangan idea, teknik menulis dan platform untuk menulis.

Sebelum majlis berakhir, para novelis juga sempat beramah mesra dan menandatangani autograf buat pembaca yang hadir. Terima kasih atas kerjasama guru-guru dan pelajar-pelajar SMK Taman Desa, Bandar Country Home, Rawang.




Bagi sesiapa yang belum mendapatkan kelima-lima buah novel Astana Novella, anda bolehlah melayari Bookstation untuk membeli secara online dengan tawaran diskaun sebanyak 20%!

05/10/2010

Study Biar Lepak, Tapi Result Bagi Gempak!



Selamat menduduki peperiksaan PMR kepada semua pelajar Tingkatan 3 di seluruh Malaysia!



20/09/2010

All The Best!


Kepada adik-adik Tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR esok, selamat menduduki peperiksaan. Semoga mendapat keputusan yang cemerlang hendaknya, ya.

07/09/2010

Salam Lebaran

Okey, dengan ini Nancy hendak umumkan yang hari esok bukan hari raya! Hehe... Siapa yang hendak percaya hari esok ialah hari raya? Okey, okey... Sebenarnya, Nancy hendak beritahu kepada semua pembaca novel di luar sana yang kedua-dua buah novel terbaru siri Astana Novella sudah dapat dibeli menerusi online di kedai buku Bookstation. Jadi, pastikan anda mengikut cara-cara yang telah Nancy terangkan dalam entri yang lalu.

Dan di kesempatan ini juga, Nancy hendak mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang beragama Islam di seluruh dunia. Salah satu perkara yang ditunggu-tunggu menjelang hari raya ini, pastilah waktu untuk pulang ke kampung, berjumpa ibu bapa, keluarga serta sanak saudara yang jarang-jarang dapat berkumpul bersama. Jadi, hargailah waktu-waktu begini. Pulanglah menjenguk mereka.


Bagi yang beraya di Kuala Lumpur, Pesta Buku Popular di KLCC masih lagi berlangsung sehingga 12 September ini. Jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan pelukis komik kami iaitu Aliow dan Totoro (Oka) dan Clay (Kachigo) pada 11 September nanti, ya. Selamat hari raya!

01/09/2010

Novel Pengganti Duit Raya

Ke mana destinasi raya anda pada tahun ini? Adakah Kuala Lumpur termasuk dalam salah sebuah destinasi anda? Ha, jika ya, apa kata anda mengunjungi pesta buku anjuran kedai buku, Popular, di KLCC pada 4 hingga 12 September ini. Gemilang Publishing dan Bookstation akan turut memeriahkan pesta buku ini.

Selain komik baru seperti yang Nancy uar-uarkan dalam entri sebelum ini, kami juga ada dua buah novel remaja terbaru iaitu "Ilham" dan "Pemuja Rahsia". Diskaun 20% akan diberikan apabila anda membeli setiap judul novel ini termasuk tiga buah novel Astana Novella yang lain.






Memandangkan novel-novel ini diterbitkan dekat-dekat hendak raya, jadi anda bolehlah beli novel-novel ini sebagai pengganti duit raya kepada anak-anak, anak buah ataupun sesiapa sahaja yang datang beraya ke rumah anda :)

26/08/2010

Cara-cara Membeli Melalui Bookstation

Beberapa saluran bayaran diwujudkan menggunakan syarikat pemproses bayaran kami, ipay88.

Berikut adalah saluran yang boleh digunakan untuk membuat pembayaran:

A) Bayaran secara online

Pilihan yang disediakan adalah:

1. Kad Kredit (Mastercard/Visa)
2. Maybank2u.com


B) Pembayaran Melalui Cek/ Wang Pos/ Money Order

Pihak bookstation menerima pembayaran melalui cek. Cek bayaran anda perlu diletakkan atas nama EXACT PUBLISHER SDN BHD dan diposkan bersama nota pesanan anda ke alamat:

KEDAI BUKU ONLINE
EXACT PUBLISHER SDN BHD
Lot 34A, Jalan 5/32A,
Mukim Batu 6 ½,
Jalan Kepong,
52000 Kuala Lumpur.

Pihak kami hanya akan membuat penghantaran selepas cek tersebut dapat ditunaikan. Bagi cek luar kawasan, ia mengambil sekurang-kurangnya 3 hari bekerja untuk ditunaikan.


C) Bayaran Secara Tunai Manual Melalui Mesin ATM

Bagi mereka yang ingin menggunakan cara tunai manual melalui mesin ATM atau kemasukan secara bank-in. Anda boleh menggunakan maklumat akaun di bawah:

MAYBANK BERHAD
Nama Pada Akaun : EXACT PUBLISHER SDN BHD
No. Akaun : 5145 8917 1076

Kemudian, sila faks ataupun e-melkan slip pembayaran bersama butiran berikut:

1. Nombor rujukan pesanan
2. Nama dan nombor telefon anda
3. Pembayaran dalam bentuk cek ataupun tunai
4. Tarikh dan waktu bank in
5. Nombor cek jika bayar melalui cek

sebagai bukti pembayaran.

Faks: 03 62507246
E-mel:
admin@bookstation.com.my

Kami akan memproses pesanan anda selepas menerima bukti pembayaran.


Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Cik Ryo di talian 03-62503396.

25/08/2010

Mari Beraya Dengan Buku

Pesta buku yang menghimpunkan penerbit-penerbit buku dari negara China, Hong Kong, Taiwan, United Kingdom, Singapura dan Malaysia anjuran kedai buku, Popular, kembali lagi! Kali ini, Gemilang Publishing serta Bookstation juga tidak ketinggalan untuk menyertai pameran buku yang terbesar di Asia Tenggara ini.

Tarikh: 4 hingga 12 September 2010


Masa: 10.00 pagi hingga 10.00 malam


Tempat: KLCC (Dewan 1, 2, 3, 4 & 5)


Mengapa Dewan 4 di'highlight'? Kerana gerai kami terletak di sana! Jadi, bagi yang ingin mendapatkan komik-komik dan buku-buku kami, anda bolehlah berkunjung ke Dewan 4. Pelukis-pelukis komik kami seperti Aliow dan Totoro (Oka), Clay (Kachigo) dan James Lu (Kelas Durian D) akan turut berada di sana.

Slot pentas untuk Oka dan Kachigo akan diadakan pada 11 September. Jadi, kepada mereka yang beraya di KL ataupun yang berada di KL kerana tuntutan tugas ataupun yang tidak ada tiket untuk pulang ke kampung, mari sertai kami di sana!