Nota

Sebarang pertanyaan mengenai manuskrip novel, klik di sini atau e-melkan ke novelonenusantara@gmail.com.

26/08/2010

Cara-cara Membeli Melalui Bookstation

Beberapa saluran bayaran diwujudkan menggunakan syarikat pemproses bayaran kami, ipay88.

Berikut adalah saluran yang boleh digunakan untuk membuat pembayaran:

A) Bayaran secara online

Pilihan yang disediakan adalah:

1. Kad Kredit (Mastercard/Visa)
2. Maybank2u.com


B) Pembayaran Melalui Cek/ Wang Pos/ Money Order

Pihak bookstation menerima pembayaran melalui cek. Cek bayaran anda perlu diletakkan atas nama EXACT PUBLISHER SDN BHD dan diposkan bersama nota pesanan anda ke alamat:

KEDAI BUKU ONLINE
EXACT PUBLISHER SDN BHD
Lot 34A, Jalan 5/32A,
Mukim Batu 6 ½,
Jalan Kepong,
52000 Kuala Lumpur.

Pihak kami hanya akan membuat penghantaran selepas cek tersebut dapat ditunaikan. Bagi cek luar kawasan, ia mengambil sekurang-kurangnya 3 hari bekerja untuk ditunaikan.


C) Bayaran Secara Tunai Manual Melalui Mesin ATM

Bagi mereka yang ingin menggunakan cara tunai manual melalui mesin ATM atau kemasukan secara bank-in. Anda boleh menggunakan maklumat akaun di bawah:

MAYBANK BERHAD
Nama Pada Akaun : EXACT PUBLISHER SDN BHD
No. Akaun : 5145 8917 1076

Kemudian, sila faks ataupun e-melkan slip pembayaran bersama butiran berikut:

1. Nombor rujukan pesanan
2. Nama dan nombor telefon anda
3. Pembayaran dalam bentuk cek ataupun tunai
4. Tarikh dan waktu bank in
5. Nombor cek jika bayar melalui cek

sebagai bukti pembayaran.

Faks: 03 62507246
E-mel:
admin@bookstation.com.my

Kami akan memproses pesanan anda selepas menerima bukti pembayaran.


Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Cik Ryo di talian 03-62503396.

25/08/2010

Mari Beraya Dengan Buku

Pesta buku yang menghimpunkan penerbit-penerbit buku dari negara China, Hong Kong, Taiwan, United Kingdom, Singapura dan Malaysia anjuran kedai buku, Popular, kembali lagi! Kali ini, Gemilang Publishing serta Bookstation juga tidak ketinggalan untuk menyertai pameran buku yang terbesar di Asia Tenggara ini.

Tarikh: 4 hingga 12 September 2010


Masa: 10.00 pagi hingga 10.00 malam


Tempat: KLCC (Dewan 1, 2, 3, 4 & 5)


Mengapa Dewan 4 di'highlight'? Kerana gerai kami terletak di sana! Jadi, bagi yang ingin mendapatkan komik-komik dan buku-buku kami, anda bolehlah berkunjung ke Dewan 4. Pelukis-pelukis komik kami seperti Aliow dan Totoro (Oka), Clay (Kachigo) dan James Lu (Kelas Durian D) akan turut berada di sana.

Slot pentas untuk Oka dan Kachigo akan diadakan pada 11 September. Jadi, kepada mereka yang beraya di KL ataupun yang berada di KL kerana tuntutan tugas ataupun yang tidak ada tiket untuk pulang ke kampung, mari sertai kami di sana!

19/08/2010

Open

KENG - Dia disangka lelaki hanya kerana dia berambut pendek dan bersikap kasar sehingga ramai awek yang tergila-gilakan dia! Tetapi nalurinya tetap seorang perempuan. Tidak mungkin dia menerima cinta daripada kaum sejenisnya. Dia mempunyai sebab tersendiri mengapa dia berkelakuan seperti seorang lelaki.

TON - Dia berasa gembira kerana dapat keluar dari sekolah lelaki dan berpeluang belajar di sekolah campur. Jadi, dapatlah dia mengurat mana-mana awek dan merasa pengalaman bercinta dan keluar dating. Tetapi apabila tiap-tiap hari jumpa, tiap-tiap hari bergayut di telefon berjam-jam, asyik berkepit 24 jam, dia mula berasa rimas. Benarkah ini yang dimahukannya?

JUNE - Lelaki yang menguratnya tidak disia-siakan. Semuanya dia layan. Baginya, dia berhak memilih.

MAI - Kerana hubungan cintanya dihalang, dia sanggup meninggalkan segala-galanya demi mengecapi hidup bahagia bersama lelaki yang dicintainya tanpa memikirkan perasaan ibu dan bapanya. Namun, adakah cinta tanpa restu ibu bapa akan kekal bahagia selamanya?

NAM - Daripada segi luaran, dia kelihatan seperti seorang gadis yang baik, pendiam dan lemah lembut. Namun, siapa sangka dia mempunyai agenda tersembunyi demi kepentingan sendiri.


Mahu tahu kisah mereka? Ikutinya dalam "Open", sebuah lagi karya Kanda Wangdee.



Open #1

Apabila Keng, seorang gadis muda yang tidak pernah mengenali cinta dan percaya bahawa cinta adalah sesuatu yang tidak penting, bertemu dengan Ton... seorang pemuda yang sentiasa mencari cinta sejati. Kisah cinta yang menarik antara mereka berdua wujud dengan adanya sokongan jitu daripada kawan-kawan.


Open #2


Persahabatan yang telah putus. Percintaan yang tidak tentu arah. Adakah Keng akan mendapat kembali sesuatu yang paling penting tetapi kelihatan seperti tidak penting itu?


Bagi pembelian secara online, layari kedai buku online kami, Bookstation.

12/08/2010

Pembunuhan di Universiti Hagoromo

Daripada salah seorang penulis yang menerima royalti paling tinggi di Jepun, kini hasil tulisannya dapat dibaca oleh penggemar novel di Malaysia. Jika anda peminat novel bergenre misteri dan penyiasatan, pastikan anda memiliki novel ini sebagai salah sebuah koleksi anda.




Pada mulanya, Katayama hanya ditugaskan menyiasat aktiviti kumpulan pelacuran di Universiti Hagoromo. Namun semakin dia menyiasat, semakin banyak pula kes yang timbul. Pembunuhan, orang abnormal, surat ugutan, rasuah, bunuh diri, letupan bom... Apa yang sudah berlaku dengan universiti itu? Adakah kesemua kes itu mempunyai kaitan? Dan mengapa kucing triwarna itu sering mengekorinya?




"Novel Pembunuhan di Universiti Hagoromo bukan novel misteri murahan. Sebaliknya, memaksa pembaca berfikir secara aktif sepanjang membacanya." ~Uthaya Sankar~


02/08/2010

Baju Baru ND & HB

Anda terasa ingin membeli baju baru? Ha, apa kata anda cuba baju baru Nancy Drew dan Hardy Boys ini. Kedua-dua baju ini berlengan tiga suku dan jenis kainnya adalah 100% cotton. Saiz yang ada ialah XS (36), S (38), M (40) dan L (42).



Baju Nancy Drew (warna hitam)


Hadapan



Belakang



Baju Hardy Boys (warna putih)

Hadapan


Belakang


Anda boleh membeli kedua-dua baju ini di kedai buku online kami, Bookstation, dengan harga RM23.90 sahaja.

29/07/2010

Unpredictable Love

Hari ini merupakan hari pertama Pesta Buku Negeri Johor 2010 yang berlangsung di Danga City Mall, Johor Bahru. Jadi, kepada sesiapa yang berada di sekitar Negeri Johor, jangan lupa singgah di sana ya. Kunjungi gerai kami yang bernombor 63 dan 65. Ada berbagai-bagai bahan bacaan seperti buku latihan, buku cerita, novel dan komik yang kami sajikan untuk anda.

Oh, ya! Sebut tentang komik, Nancy ada komik baru yang hendak diperkenalkan kepada anda iaitu Unpredictable Love. Sebuah lagi komik dari Negara Thai yang digarap oleh Itto Chan.






Cerita ini mengisahkan tentang Tawarn, gadis kecil molek yang bekerja sebagai tukang kemas bilik bagi menggantikan mak ciknya yang sakit. Hari pertama bekerja sahaja, dia sudah berhadapan dengan pengalaman yang kurang manis yang mana dia bertemu dengan satu pasangan yang sedang berpacaran di dalam bilik.







Namun begitu, salam perkenalan yang dihulurkan oleh tuan bilik itu yakni Die disambut juga. Rupa-rupanya Die adalah pemain gitar kedua kumpulan Wild Life. Suatu hari, ketika dia sedang mengemas bilik Die, dia menjumpai nota dan sekeping tiket konsert Wild Life yang ditinggalkan oleh Die untuknya.

Setelah berkira-kira, akhirnya Tawarn membuat keputusan untuk menonton konsert itu. Memandangkan kawan-kawannya tidak dapat menemaninya, Tawarn ke konsert itu sendirian. Ketika sedang menonton konsert, Tawarn diganggu oleh seorang lelaki yang dipercayai cuba membuat kacau bagi mensabotaj konsert Wild Life.

Siapakah lelaki itu? Apakah hubungannya dengan Wild Life? Mengapakah lelaki itu begitu membenci Die? Semuanya akan terjawab apabila anda membaca komik setebal 264 muka surat ini. Anda boleh membeli komik ini secara online di Bookstation.

19/07/2010

Pesta Buku Johor 2010





Tarikh: 29 Julai - 3 Ogos

Masa: 10.00 pagi - 9.00 malam

Tempat: Danga City Mall, Johor Bahru





Kunjungi gerai kami yang bernombor 63 dan 65. Pelbagai jenis bahan bacaan dan genre menanti anda selain diskaun istimewa!



Masuk adalah PERCUMA!