Nota

Sebarang pertanyaan mengenai manuskrip novel, klik di sini atau e-melkan ke novelonenusantara@gmail.com.

29/07/2010

Unpredictable Love

Hari ini merupakan hari pertama Pesta Buku Negeri Johor 2010 yang berlangsung di Danga City Mall, Johor Bahru. Jadi, kepada sesiapa yang berada di sekitar Negeri Johor, jangan lupa singgah di sana ya. Kunjungi gerai kami yang bernombor 63 dan 65. Ada berbagai-bagai bahan bacaan seperti buku latihan, buku cerita, novel dan komik yang kami sajikan untuk anda.

Oh, ya! Sebut tentang komik, Nancy ada komik baru yang hendak diperkenalkan kepada anda iaitu Unpredictable Love. Sebuah lagi komik dari Negara Thai yang digarap oleh Itto Chan.






Cerita ini mengisahkan tentang Tawarn, gadis kecil molek yang bekerja sebagai tukang kemas bilik bagi menggantikan mak ciknya yang sakit. Hari pertama bekerja sahaja, dia sudah berhadapan dengan pengalaman yang kurang manis yang mana dia bertemu dengan satu pasangan yang sedang berpacaran di dalam bilik.







Namun begitu, salam perkenalan yang dihulurkan oleh tuan bilik itu yakni Die disambut juga. Rupa-rupanya Die adalah pemain gitar kedua kumpulan Wild Life. Suatu hari, ketika dia sedang mengemas bilik Die, dia menjumpai nota dan sekeping tiket konsert Wild Life yang ditinggalkan oleh Die untuknya.

Setelah berkira-kira, akhirnya Tawarn membuat keputusan untuk menonton konsert itu. Memandangkan kawan-kawannya tidak dapat menemaninya, Tawarn ke konsert itu sendirian. Ketika sedang menonton konsert, Tawarn diganggu oleh seorang lelaki yang dipercayai cuba membuat kacau bagi mensabotaj konsert Wild Life.

Siapakah lelaki itu? Apakah hubungannya dengan Wild Life? Mengapakah lelaki itu begitu membenci Die? Semuanya akan terjawab apabila anda membaca komik setebal 264 muka surat ini. Anda boleh membeli komik ini secara online di Bookstation.