Nota

Sebarang pertanyaan mengenai manuskrip novel, klik di sini atau e-melkan ke novelonenusantara@gmail.com.

12/07/2010

Jom Lukis Poster Oka!

Sejajar dengan perkembangan blogspot, Nancy juga tidak mahu ketinggalan untuk menukar layout...hehe... Okey, Nancy ada info yang hendak dihebahkan kepada kau orang.

Kau orang pernah baca majalah Oka? Kalau pernah, mesti kau orang perasan ada poster mini dalam setiap isu, bukan?





Nah, sekarang Oka membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk melukis poster mini Oka dengan syarat poster tersebut mestilah memaparkan karakter-karakter dalam siri Oka mengikut kreativiti kau orang sendiri dan berwarna (digital).




Contoh,


1) Poster mini garapan Puyuh dalam isu ke-5 Oka






2) Poster mini garapan Ben dalam isu ke-9 Oka.





Bagi poster mini yang terpilih, pelukisnya akan menerima hadiah misteri! Kalau hendak tahu apa hadiahnya, kenalah hantar dulu :)

Selain itu, Oka juga akan menyiarkan sedikit maklumat mengenai pelukisnya di bawah poster mini tersebut. Berminat? Kalau kau orang berminat, kau orang bolehlah menghantar poster kau orang tu ke alamat e-mel gp_oka@yahoo.com