Nota

Sebarang pertanyaan mengenai manuskrip novel, klik di sini atau e-melkan ke novelonenusantara@gmail.com.

02/09/2009

Mari! Mari!

Majalah info-nomik Nancy Drew adalah majalah komik yang menghidangkan info-info tentang komik dan novel selain menampilkan komik Nancy Drew dan cerpen daripada penulis Jepun.

Dalam majalah ni ada 6 kolum kesemuanya iaitu:

Usha: Artikel berkaitan ngan komik/novel
Komik Nancy Drew: Raksasa Sungai Heights, Batu Perintah Bertulis, Rumah Patung Hantu, Gadis Yang Tiada di Situ
Do It: Promosi skill/perkhidmatan/perniagaan sendiri selain jurugambar dan karikatur kerana kedua-dua ni dah publish dalam ND#1 dan ND#2
X-Pose: Kupasan tentang tema komik Nancy Drew
Noberu: Cerpen daripada penulis Jepun
Nomik Previu N Interbiu: Preview novel/komik baru & temubual bersama penulis/kartunis ngan syarat ceritanya tak terlalu berat tuk remaja

Justeru, kitorang nak bukak kat sesape je yang berminat tuk join kolum Do It dan mana-mana penulis novel/kartunis tuk kolum Nomik Previu N Interbiu.

Sila emel ke puteridetektif@gmail.com

31/08/2009

Merdeka!

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-52!


26/08/2009

Syyy... Rahsia

The secret of the Girl Detective





Want to know the secret? Just click here.


24/08/2009

Bulan Ramadan Datang Lagi!

Salam Ramadan :)


17/08/2009

Kecemprengman: Superhero 100% Buatan Malaysia

Sapa kata superhero mesti hensem, macho dan bertubuh sasa? Jom kita tanya Poyo yang feymes ngan komik 'Kecemprengman'nya.

ND: Nancy Drew, P: Poyo


ND: Kecemprengman ni citer pasal apa?
P: Kisah sorang pemuda bernama Kerel yang diberi tanggungjawab menjadi superhero ngan gelaran Kecemprengman bagi menjaga keamanan kat Bandar Metro Cyber...

ND: Nape pilih jalan citer camni?
P: Sebab buat masa ni rasanya kita still kekurangan komik yang berunsur superhero kat pasaran dalam negara...

ND: Camne leh dapat idea camni?
P: Rasanya idea nak buat komik ni timbul pas tengok kejayaan filem...

ND: Harapan daripada Kecemprengman?
P: Hopefully, semua yang dah baca komik ni terhibur dan akan terus menyokong komik ni...

ND: Karya terbaru pas Kecemprengman?
P: Buat masa ni, saya tengah sibuk siapkan komik baru yang bertajuk...
Tuk interview penuh, sila dapatkan majalah info-nomik Nancy Drew #1 kat pasaran :)

10/08/2009

Mencari Harta Karun

Selimut yang menutupi badan anaknya itu ditarik. Tubuh itu kemudian diangkat. Terasa berat anaknya semakin bertambah. Mungkin kerana saiz badannya sendiri yang agak kecil.

Mengikut jadual waktu, kereta api akan tiba tidak lama lagi. Dia mendengar dengan teliti sambil melihat ke arah landasan kereta api yang memanjang ke hadapan. Kereta api masih belum kelihatan.

Keadaan di situ agak lengang. Waktu masih awal. Namun, tak mustahil ada orang di kawasan berdekatan. Apabila memikirkan hal ini, dia akan rasa bercelaru.

Sebenarnya dia masih menyimpan harapan. Namun harapan itu hanyalah untuk anaknya, Chie. Dirinya sendiri? Mungkin tak ada. Itulah sebabnya dia memilih untuk mati.

“Kenapa tak sampai lagi ni?”

Serentak itu kedengaran bunyi kereta api seolah-olah menyahut pertanyaannya.

“Akhirnya sampai juga…”

Biarlah semuanya berakhir kat sini. Bisik hati kecilnya. Aku dah tak sanggup nak hidup dalam kesedihan macam ni.

“Tidurlah sayang,” dia mendukung Chie. Lampu kereta api kelihatan dari jauh dan menjadi semakin besar. Dia berdiri di tepi landasan. Bersiap-sedia untuk melompat ke atas landasan.

‘Maut’ menggegarkan tanah pantas bergerak menuju ke arahnya. Namun baru saja dia hendak mengangkat kaki, suara itu menjerit.

“Kucing!” Chie yang tidur dalam pangkuannya terjaga.


**********


“Hai, akhirnya kau sampai juga,” ujar Katayama terkejut.

Restoran itu restoran biasa. Tak ada apa-apa pun yang istimewa. Namun bagi Detektif Ishizu yang berada di sebelah Katayama, asalkan ia sebuah restoran, asalkan ia masih berniaga, maka ia memang sebuah tempat yang ‘istimewa’.

Ya, Yoshitaro Katayama dari Balai Penyiasatan dan rakannya Ishizu sedang menunggu kedatangan adik Katayama, Harumi.

Katayama telah menelefon Harumi. Sebenarnya dia hendak memberitahu Harumi yang dia akan pulang ke rumah selepas makan malam nanti. Tetapi Harumi meminta Katayama menunggunya sekali untuk makam malam kerana dia juga belum makan. Jadi terpaksalah Katayama menunggu Harumi.

Kalau aku tahu, baik aku makan dulu. Lepas tu baru telefon. Fikir Katayama.

“Kita tunggu Harumi sampailah baru kita makan,” kata Ishizu.

Justeru, mereka minum kopi sementara menunggu Harumi. Namun entah kenapa Harumi masih tak sampai-sampai lagi padahal tempat tinggal Harumi dengan abangnya taklah jauh sangat dari situ. Kalau jalan kaki pun, 15 minit dah boleh sampai.

Ishizu dah macam nak mati akibat kelaparan. Tapi dia yang cadangkan untuk tunggu Harumi, jadi terpaksalah dia tahan lapar. Dah empat gelas air kosong dia minum.

Pada ketika itulah, suatu tubuh duduk di kerusi depan Katayama. “Ha, sampai pun kau,” kata Katayama.

Tapi orang itu bukan Harumi. Orang itu seorang lelaki. Lelaki itu memakai kot yang sudah rombeng. Dia kelihatan sangat letih. Umurnya lebih kurang 40 tahun. Dia berpakaian seperti orang yang bekerja di pejabat. Walaupun kelihatan letih tapi taklah selekeh.

“Awak ni siapa?” tanya Katayama.

“Perut…” kata lelaki itu dengan suara yang gerenek.

“Apa? Nama awak Harada ke?” (*Dalam bahasa Jepun, sebutan ‘perut’ lebih kurang sama dengan nama orang - Harada.)

“Lapar…” sambung lelaki itu.

“Dia kata dia lapar, kan?” tanya Katayama kepada Ishizu.

“Aku pun lapar,” sambut Ishizu.

Nampaknya lelaki itu terlalu miskin sehingga tidak mampu membeli makanan dan minuman. Sebagai seorang detektif, apabila berhadapan dengan orang yang akan pengsan akibat kelaparan pada bila-bila masa, dia harus berbuat sesuatu.

“Okey, pesanlah makanan,” kata Katayama.

“Aku nak tunggu Harumi,” balas Ishizu.

Pertama kali Katayama melihat orang yang dapat menghabiskan makanan lebih pantas daripada Ishizu. Pelayan yang membawa makanan tadi baru saja meletakkan makanan dan berpatah semula ke dapur. Belum pun sempat dia sampai ke dapur, lelaki itu sudah menghabiskan makanannya.

Katayama dan Ishizu terpegun melihat lelaki itu menghabiskan nasi di pinggan kedua. Selepas kenyang, lelaki itu menarik nafas panjang beberapa kali. Kemudian tunduk dan berkata, “Terima kasih banyak-banyak. Nama saya Shirai.”

“Ya, Encik Shirai.”

“Dah tiga hari saya tak makan. Saya sangka saya akan mati kelaparan. Jasa baik awak berdua akan saya ingat sampai bila-bila.”

“Oh, tak ada apalah,” kata Katayama. “Tapi takkan awak tak dapat cari apa-apa kerja yang dapat menyara diri awak sendiri?”

“Salah saya sendiri,” Shirai menundukkan kepalanya. “Saya terjerumus dalam perkara yang tidak sepatutnya. Saya dah kehilangan segala-galanya.”

“Terjerumus dalam perkara yang tidak sepatutnya?”


NAK TAHU APA 'PERKARA YANG TIDAK SEPATUTNYA' YANG DIMAKSUDKAN OLEH SHIRAI? DAPATKAN MAJALAH INFO-NOMIK NANCY DREW #1 DAN BACA DI KOLUM NOBERU :)

28/07/2009

Nancy Drew Perintis Generasi


Pada mulanya, ia hanya sekadar nama dan hanya draf kat beberapa helaian kertas kat tangan Edward Stratemeyer dan syarikatnya, Stratemeyer Syndicate. Edward merasakan masanya dah tiba untuk menampilkan sesuatu yang berbeza. Sesuatu yang dapat memberikan impak kat masyarakat. Nancy digambarkan sorang remaja pompuan yang peka, bijak dan berkeyakinan. Ciri-ciri nilah yang patut dicontohi oleh semua bebudak pompuan kat dunia ni.

Mildred A. Wirt Benson adalah orang yang bertanggungjawab dalam menghidupkan karakter Nancy. Daripada 30 Kisah Misteri Nancy Drew yang asal, 23 adalah hasil tulisannya. Pembinaan karakter nilah yang membuatkan Nancy diterima dan seterusnya jadi feymes dalam sekelip mata. Rasa sayang yang mendalam Stratemeyer Syndicate terhadap siri ni selama bertahun-tahun semasa diterajui oleh Harriet Straremeyer Adams gak membantu bagi memastikan siri ni terus hidup.

Penerbit asal, Grosset and Dunlap memainkan peranan besar dalam kejayaan Nancy Drew. Daripada strategi pemasaran hinggalah ke jualan, diorang akan pastikan siri ni dapat sebaran yang meluas supaya semua kanak-kanak kat seluruh negara dan seterusnya negara luar dapat menyelami dunia Nancy yang menarik. Grosset and Dunlap gak berjasa dalam memilih artis asal, Russell H. Tandy bagi melukis ilustrasi siri ni. Ilustrasinya yang canggih dan stylish adalah penyumbang faktor besar kat kejayaan Nancy.

Setiap generasi akan menyerahkan buku-buku zaman kanak-kanak diorang kat adik-beradik diorang, anak diorang, cucu dan ni akan terus menghidupkan memori tentang Nancy masa diorang kecik-kecik dulu. Nostalgia memainkan faktor besar dalam kesinambungan kejayaan siri ni yang still publish sampai ke hari ni oleh Simon and Schuter, yang membantu membawa Nancy Drew ke zaman moden.