Nota

Sebarang pertanyaan mengenai manuskrip novel, klik di sini atau e-melkan ke novelonenusantara@gmail.com.

28/07/2009

Nancy Drew Perintis Generasi


Pada mulanya, ia hanya sekadar nama dan hanya draf kat beberapa helaian kertas kat tangan Edward Stratemeyer dan syarikatnya, Stratemeyer Syndicate. Edward merasakan masanya dah tiba untuk menampilkan sesuatu yang berbeza. Sesuatu yang dapat memberikan impak kat masyarakat. Nancy digambarkan sorang remaja pompuan yang peka, bijak dan berkeyakinan. Ciri-ciri nilah yang patut dicontohi oleh semua bebudak pompuan kat dunia ni.

Mildred A. Wirt Benson adalah orang yang bertanggungjawab dalam menghidupkan karakter Nancy. Daripada 30 Kisah Misteri Nancy Drew yang asal, 23 adalah hasil tulisannya. Pembinaan karakter nilah yang membuatkan Nancy diterima dan seterusnya jadi feymes dalam sekelip mata. Rasa sayang yang mendalam Stratemeyer Syndicate terhadap siri ni selama bertahun-tahun semasa diterajui oleh Harriet Straremeyer Adams gak membantu bagi memastikan siri ni terus hidup.

Penerbit asal, Grosset and Dunlap memainkan peranan besar dalam kejayaan Nancy Drew. Daripada strategi pemasaran hinggalah ke jualan, diorang akan pastikan siri ni dapat sebaran yang meluas supaya semua kanak-kanak kat seluruh negara dan seterusnya negara luar dapat menyelami dunia Nancy yang menarik. Grosset and Dunlap gak berjasa dalam memilih artis asal, Russell H. Tandy bagi melukis ilustrasi siri ni. Ilustrasinya yang canggih dan stylish adalah penyumbang faktor besar kat kejayaan Nancy.

Setiap generasi akan menyerahkan buku-buku zaman kanak-kanak diorang kat adik-beradik diorang, anak diorang, cucu dan ni akan terus menghidupkan memori tentang Nancy masa diorang kecik-kecik dulu. Nostalgia memainkan faktor besar dalam kesinambungan kejayaan siri ni yang still publish sampai ke hari ni oleh Simon and Schuter, yang membantu membawa Nancy Drew ke zaman moden.