Nota

Sebarang pertanyaan mengenai manuskrip novel, klik di sini atau e-melkan ke novelonenusantara@gmail.com.

31/05/2010

Read Malaysia 2010

Temui kartunis dan novelis kitorang di The Mines sempena Read Malaysia pada 4-13 Jun ini seperti yang tertera dalam jadual di bawah:-




5 Jun (Sabtu)
12.30 pm - 1.30 pm: Totoro (Oka)
1.30 pm -2.30 pm: Yong Chee Sing (novelis)
2.30 pm - 3.30 pm: Clay (Kachigo)
3.30 pm - 4.30 pm: Ilmar Imia, Izan Ali & Nurfa (novelis)
4.30 pm - 5.30 pm: James Lu (Kelas Durian D)


6 Jun (Ahad)
12.30 pm - 1.30 pm: Aliow (Oka)
1.30 pm - 2.30 pm: Ilmar Imia, Izan Ali & Nurfa (novelis)
2.30 pm - 3.30 pm: James Lu (Kelas Durian D)
3.30 pm - 4.30 pm: Yong Chee Sing (novelis)
4.30 pm - 5.30 pm: Clay (Kachigo)


7 Jun (Isnin)
1.30 pm -2.30 pm: Aliow (Oka)


8 Jun (Selasa)
1.30 pm - 2.30 pm: Clay (Kachigo)


9 Jun (Rabu)
1.30 pm -2.30 pm: James Lu (Kelas Durian D)


10 Jun (Khamis)
1.30 m -2.30 pm: Totoro (Oka)


11 Jun (Jumaat)
12.30 pm -1.30 pm: James Lu (Kelas Durian D)
1.30 pm -2.30 pm: Yong Peng (Man Tou)
3.30 pm - 4.30 pm: Totoro (Oka)
4.30 pm - 5.30 pm: Clay (Kachigo)


12 Jun (Sabtu)
12.30 pm -1.30 pm: Aliow (Oka)
1.30 pm -2.30 pm: Yong Chee Sing (novelis)
2.30 pm - 3.30 pm: Ilmar Imia, Izan Ali & Nurfa (novelis)
3.30 pm - 5.30 pm: James Lu (Kelas Durian D) & Yong Peng (Man Tou)


13 Jun (Ahad)
12.30 pm - 1.30 pm: Clay (Kachigo)
1.30 pm - 2.30 pm: Ilmar Imia, Izan Ali & Nurfa (novelis)
2.30 pm - 3.30 pm: Yong Chee Sing (novelis)
3.30 pm - 4.30 pm: James Lu (Kelas Durian D)
4.30 pm - 5.30 pm: Aliow (Oka)


Kunjungi gerai kitorang, Gemilang Publishing yang bernombor F19-22. Kita jumpa di sana!

22/05/2010

Akan Terbit : The Trainee Cupid

Korang dah baca manga Thai, Finding My Love? Macam mana? Menarik bukan? Nah, Nancy ada satu lagi siri manga Thai yang nak dikongsikan dengan korang iaitu The Trainee Cupid.

Cerita ni berkisarkan Mew, Lu Ee dan Gus yang menjalani latihan untuk jadi Dewa Cinta. Kira macam praktikallah kan untuk menguji sama ada diorang ni layak ke tak jadi Dewa Cinta.

Bila diorang berjaya menyatukan cinta (tak kisahlah pakwe makwe ke, kawan-kawan ke ataupun adik-beradik asalkan melibatkan cinta dan kasih sayang), diorang akan mendapat Cupid Coin. Cupid Coin tu diorang simpan dalam tabung. Diorang kena kumpul Cupid Coin tu sampai tabung tu penuh, barulah diorang akan disahkan sebagai Dewa Cinta yang sebenar. Tapi semestinya tak semudah itu.

Nak tahu sama ada diorang berjaya ke tak jadi Dewa Cinta? Ikuti kisah pahit manis masam masin diorang demi mencapai impian diorang dalam The Trainee Cupid.


The Trainee Cupid #1

Pada tanggapan orang ramai, Dewa Cinta ialah dewa yang mempunyai sayap kecil, memegang busur dan anak panah yang akan menembak anak panah cinta kepada orang ramai. Tetapi, apa yang akan berlaku jika ia bukan sebegitu?


The Trainee Cupid #2

Mew, Lu Ee dan Gus terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan halangan dalam usaha untuk menyelamatkan cinta. Tetapi akhirnya, adakah mereka akan berjaya melalui ujian untuk menjadi Dewa Cinta yang sebenar?


Korang berminat nak beli? Layari kedai buku online kitorang, Bookstation. Cuma RM5.50 setiap satu.

05/05/2010

Gadis yang Tiada di Situ

Korang dah baca cerpen 'Tiga Minit Harga Satu Nyawa' dalam majalah info-nomik Nancy Drew #3? Ketahui kesudahannya dalam majalah info-nomik Nancy Drew #4 yang akan berada kat pasaran pertengahan Mei ini.


Selain itu, ada banyak lagi yang menarik dalam isu ke-4 ni. Antaranya:-

Usha menyelongkar pengalaman pahit Zint sebelum berjaya hingga ke tahap sekarang serta impian dan harapannya dalam bidang komik.

X-Pose berkongsi pengalaman individu-individu yang berkenalan menerusi Internet dan masih berkawan baik sampai sekarang.

Do It mengajak korang mencantikkan video korang dengan khidmat editor video, Bird.

Nomik Previu & Interbiu menemu bual penulis novel 'Aku, Dia & Gitar' yang lebih dikenali sebagai Ratu Bulan kat blog.

Lengkapkan koleksi majalah info-nomik Nancy Drew korang dengan isu ke-4 ini!


30/04/2010

Nak Jadi Penulis Novel?

Korang dah beli dan baca novel 'Aku, Dia & Gitar' oleh Nurfa?


Ataupun novel 'Budak SMART' oleh Ilmar Imia?


Ataupun novel 'Buku Bunga-bunga' oleh Izan Ali?


Ataupun ketiga-tiganya sekali?

Macam mana ceritanya? Okey tak?

Kalau korang nak tahu, ketiga-tiga novel tersebut adalah terbitan syarikat penerbitan, One Nusantara Sdn Bhd yang menerbitkan majalah info-nomik Nancy Drew nilah. Korang teringin nak hasilkan novel macam diorang? Nancy ada berita baik untuk korang!

One Nusantara Sdn Bhd kini membuka peluang kepada sesiapa aje untuk menulis novel dalam pelbagai genre. Tak kisahlah cinta remaja ke, misteri/penyiasatan ke, seram ke ataupun sains fiksyen. Kalau korang berminat, korang bolehlah hantarkan:-

1) Biodata korang yang mengandungi:

Nama sebenar
Nama pena
E-mel
No. K/P
Alamat tetap
Tarikh Lahir
Kelulusan
Pengalaman kerja
No. telefon
Karya penulisan
Biodata ringkas penulisan
Laman web/blog

2) Sinopsis lengkap (dari awal hingga akhir cerita) dan

3) Beberapa contoh bab novel korang (Times New Roman, font 12 dan dilangkau 2 baris/double spacing) untuk dinilai oleh editor kitorang



TAPI ADA SYARATNYA!!!

Korang mestilah warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas, kreatif dalam menyampaikan jalan cerita yang mantap, bermesej, bermoral, ada nilai agama serta menarik, tidak terikat dengan mana-mana syarikat penerbitan dan berkomitmen tinggi dalam menyiapkan manuskrip pada tempoh yang ditetapkan. Akhir sekali, karya korang mestilah asli dan bukan ciplak ataupun terjemahan daripada mana-mana karya/novel.

Jadi, apa tunggu lagi? Buktikan impian korang tu bukan sekadar angan-angan kosong!

14/04/2010

Nancy is Not a Kid Anymore

Memandangkan Nancy bukan watak utama masa Smart Kids 2010 kat PWTC hari tu (sebab dah tak kid...hehe), jadi ni je la gambar Nancy yang ada.


Majalah info-nomik Nancy Drew #4 akan muncul kat pasaran bulan Mei nanti. Jadi, jangan lupa usha kat kedai-kedai buku ya :)

08/04/2010

Smart Kids 2010

Bagi korang yang tak tahu nak buat apa hujung minggu ni, apa kata korang join Nancy dan kawan-kawan kat PWTC untuk Smart Kids 2010 mulai 9-11 April ni. Banyak aktiviti menarik yang disediakan. Antaranya sesi bertemu kartunis Oka dan Kachigo.


Booth kitorang bernombor 3089 (Bookstation) dan 3090 (Komikku Daiichi) kat Hall 3. Korang boleh beli komik hanya dengan RM1! T shirt, badge dan keychain pun ada. Jadi, jom ramai-ramai kita serbu PWTC hujung minggu ni!

07/04/2010

Berminat Bekerja Dalam Bidang Penerbitan Buku?

Sila klik di sini. Pelbagai jawatan yang ditawarkan. Dari editor, penulis, pereka grafik dan jurujual.