Nota

Sebarang pertanyaan mengenai manuskrip novel, klik di sini atau e-melkan ke novelonenusantara@gmail.com.

22/05/2010

Akan Terbit : The Trainee Cupid

Korang dah baca manga Thai, Finding My Love? Macam mana? Menarik bukan? Nah, Nancy ada satu lagi siri manga Thai yang nak dikongsikan dengan korang iaitu The Trainee Cupid.

Cerita ni berkisarkan Mew, Lu Ee dan Gus yang menjalani latihan untuk jadi Dewa Cinta. Kira macam praktikallah kan untuk menguji sama ada diorang ni layak ke tak jadi Dewa Cinta.

Bila diorang berjaya menyatukan cinta (tak kisahlah pakwe makwe ke, kawan-kawan ke ataupun adik-beradik asalkan melibatkan cinta dan kasih sayang), diorang akan mendapat Cupid Coin. Cupid Coin tu diorang simpan dalam tabung. Diorang kena kumpul Cupid Coin tu sampai tabung tu penuh, barulah diorang akan disahkan sebagai Dewa Cinta yang sebenar. Tapi semestinya tak semudah itu.

Nak tahu sama ada diorang berjaya ke tak jadi Dewa Cinta? Ikuti kisah pahit manis masam masin diorang demi mencapai impian diorang dalam The Trainee Cupid.


The Trainee Cupid #1

Pada tanggapan orang ramai, Dewa Cinta ialah dewa yang mempunyai sayap kecil, memegang busur dan anak panah yang akan menembak anak panah cinta kepada orang ramai. Tetapi, apa yang akan berlaku jika ia bukan sebegitu?


The Trainee Cupid #2

Mew, Lu Ee dan Gus terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan halangan dalam usaha untuk menyelamatkan cinta. Tetapi akhirnya, adakah mereka akan berjaya melalui ujian untuk menjadi Dewa Cinta yang sebenar?


Korang berminat nak beli? Layari kedai buku online kitorang, Bookstation. Cuma RM5.50 setiap satu.