Nota

Sebarang pertanyaan mengenai manuskrip novel, klik di sini atau e-melkan ke novelonenusantara@gmail.com.

30/04/2010

Nak Jadi Penulis Novel?

Korang dah beli dan baca novel 'Aku, Dia & Gitar' oleh Nurfa?


Ataupun novel 'Budak SMART' oleh Ilmar Imia?


Ataupun novel 'Buku Bunga-bunga' oleh Izan Ali?


Ataupun ketiga-tiganya sekali?

Macam mana ceritanya? Okey tak?

Kalau korang nak tahu, ketiga-tiga novel tersebut adalah terbitan syarikat penerbitan, One Nusantara Sdn Bhd yang menerbitkan majalah info-nomik Nancy Drew nilah. Korang teringin nak hasilkan novel macam diorang? Nancy ada berita baik untuk korang!

One Nusantara Sdn Bhd kini membuka peluang kepada sesiapa aje untuk menulis novel dalam pelbagai genre. Tak kisahlah cinta remaja ke, misteri/penyiasatan ke, seram ke ataupun sains fiksyen. Kalau korang berminat, korang bolehlah hantarkan:-

1) Biodata korang yang mengandungi:

Nama sebenar
Nama pena
E-mel
No. K/P
Alamat tetap
Tarikh Lahir
Kelulusan
Pengalaman kerja
No. telefon
Karya penulisan
Biodata ringkas penulisan
Laman web/blog

2) Sinopsis lengkap (dari awal hingga akhir cerita) dan

3) Beberapa contoh bab novel korang (Times New Roman, font 12 dan dilangkau 2 baris/double spacing) untuk dinilai oleh editor kitorang



TAPI ADA SYARATNYA!!!

Korang mestilah warganegara Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas, kreatif dalam menyampaikan jalan cerita yang mantap, bermesej, bermoral, ada nilai agama serta menarik, tidak terikat dengan mana-mana syarikat penerbitan dan berkomitmen tinggi dalam menyiapkan manuskrip pada tempoh yang ditetapkan. Akhir sekali, karya korang mestilah asli dan bukan ciplak ataupun terjemahan daripada mana-mana karya/novel.

Jadi, apa tunggu lagi? Buktikan impian korang tu bukan sekadar angan-angan kosong!

14/04/2010

Nancy is Not a Kid Anymore

Memandangkan Nancy bukan watak utama masa Smart Kids 2010 kat PWTC hari tu (sebab dah tak kid...hehe), jadi ni je la gambar Nancy yang ada.


Majalah info-nomik Nancy Drew #4 akan muncul kat pasaran bulan Mei nanti. Jadi, jangan lupa usha kat kedai-kedai buku ya :)

08/04/2010

Smart Kids 2010

Bagi korang yang tak tahu nak buat apa hujung minggu ni, apa kata korang join Nancy dan kawan-kawan kat PWTC untuk Smart Kids 2010 mulai 9-11 April ni. Banyak aktiviti menarik yang disediakan. Antaranya sesi bertemu kartunis Oka dan Kachigo.


Booth kitorang bernombor 3089 (Bookstation) dan 3090 (Komikku Daiichi) kat Hall 3. Korang boleh beli komik hanya dengan RM1! T shirt, badge dan keychain pun ada. Jadi, jom ramai-ramai kita serbu PWTC hujung minggu ni!

07/04/2010

Berminat Bekerja Dalam Bidang Penerbitan Buku?

Sila klik di sini. Pelbagai jawatan yang ditawarkan. Dari editor, penulis, pereka grafik dan jurujual.

02/04/2010

ND#3 Dalam Gempak 249

Nancy nak ucapkan jutaan terima kasih kat team Gempak terutamanya ketua editor Gempak, Ayour sebab sudi mempromosikan majalah info-nomik ND dalam majalah Gempak isu ke-249. Trimas!


Akhir kata, majulah industri penerbitan Malaysia! Hehe...

19/03/2010

Komik Baru!

Selain novel Astana Novella, kitorang jugak ada banyak komik baru sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung pada 19-28 Mac ni iaitu:

Koleksi Oka

Oka adalah seorang budak lelaki yang mempunyai tanda bulat berwarna merah di dahinya. Dalam satu kejadian, dia menyedari tentang kuasa luar biasa yang dimilikinya. Bagi menyiasat identiti dirinya yang sebenar, Oka membuat keputusan untuk mengembara ke arah matahari terbenam untuk mencari 'Buku Magis Alam Ghaib' yang sebenarnya seorang ahli sihir perempuan tua. Maka, bermulalah pengembaraan yang mencabar bagi Oka dan kawannya, Wowo.


Dalam pengembaraan mereka, mereka bertemu dengan seorang petani tua yang terjatuh ke dalam gaung ketika mencari herba. Mereka pulang ke kampung petani tua itu dan berhadapan dengan golongan petani yang giat menggali ubat herba. Ini menyebabkan kemusnahan pada alam semula jadi dan kemarahan Raja Ulat... Apakah yang akan berlaku kepada Oka dan kawan-kawannya?

*Akan dilancarkan pada 28 Mac di A18-23 (Dewan 2) pukul 3.00 petang.

Koleksi Kachigo

Fox ialah pelajar Akademi Dapur Hebat. Disebabkan termakan makanan yang mempunyai sihir hitam, Fox berubah menjadi Kachigo. Dia terpaksa menyertai Permainan Makanan Gembira untuk mengumpul markah agar dapat mengembalikan rupa asalnya. Apakah cerita yang akan berlingkar antara watak-watak utama komik ini?

Kachigo diberi misi untuk mendapatkan tanduk Beruang Bulan manakala orang ramai memburu Beruang Bulan untuk mendapatkan hempedu Raja Beruang Bulan bagi mengubati penyakit misteri yang dihidapi oleh puteri Raja Kerajaan Bulan. Adakah penyakit aneh puteri dapat disembuhkan? Siapakah sebenarnya Raja Beruang Bulan? Adakah Kachigo dapat menyempurnakan misinya?

*Akan dilancarkan pada 20 Mac di A18-23 (Dewan 2) pukul 3.00 petang.

Manga Thai

Finding My Love

Cinta... bagi sesetengah orang, cinta adalah suatu perkara yang mudah, tetapi baginya... bukan begitu. Foam, gadis muda yang mengharapkan cinta sejati daripada seorang jejaka. Pencarian demi pencarian... pertemuan... dan perpisahan yang telah berlaku entah kali ke berapa... Namun begitu, dia masih tabah dan berusaha meneruskan pencarian cinta sejatinya itu.


Kemelut cinta... kisah percintaan yang tidak diketahui di mana titik noktahnya... Foam berada dalam dilema sama ada cinta kali ini ialah cinta sejati ataupun khayalan semata.

Jangan lupa dapatkan komik-komik ini di booth kitorang. Kartunis Oka dan Kachigo jugak akan turut berada kat sana!

10/03/2010

Sesi Bertemu Penulis & Pelancaran Astana Novella

Tiga buah novel baru di bawah siri Astana Novella akan dilancarkan pada 27 Mac 2010 bertempat di Bilik Kedah/Johor, PWTC jam 2-3 petang. Pelancaran ini akan disempurnakan oleh penulis berpengalaman, Ahadiat Akashah.
Para pembaca boleh mendapatkan ketiga-tiga novel tersebut sepanjang pesta buku berlangsung mulai 19-28 Mac di booth A18-20 (Dewan 2) dan C04-04 (Legar Putra). Selain itu, pembaca juga berpeluang bertemu dengan ketiga-tiga penulis di booth Dewan 2 yang dinyatakan pada tarikh berikut:
Nurfa, 'Aku, Dia & Gitar' (24 Mac)
Izan Ali, 'Buku Bunga-bunga' (25 Mac)
Ilmar Imia, 'Budak SMART' (26 Mac)
pada pukul 11.30 pagi
500 pembeli terawal akan mendapat sehelai T-shirt percuma, penanda buku dan beg kertas untuk setiap judul.