Nota

Sebarang pertanyaan mengenai manuskrip novel, klik di sini atau e-melkan ke novelonenusantara@gmail.com.

19/03/2010

Komik Baru!

Selain novel Astana Novella, kitorang jugak ada banyak komik baru sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung pada 19-28 Mac ni iaitu:

Koleksi Oka

Oka adalah seorang budak lelaki yang mempunyai tanda bulat berwarna merah di dahinya. Dalam satu kejadian, dia menyedari tentang kuasa luar biasa yang dimilikinya. Bagi menyiasat identiti dirinya yang sebenar, Oka membuat keputusan untuk mengembara ke arah matahari terbenam untuk mencari 'Buku Magis Alam Ghaib' yang sebenarnya seorang ahli sihir perempuan tua. Maka, bermulalah pengembaraan yang mencabar bagi Oka dan kawannya, Wowo.


Dalam pengembaraan mereka, mereka bertemu dengan seorang petani tua yang terjatuh ke dalam gaung ketika mencari herba. Mereka pulang ke kampung petani tua itu dan berhadapan dengan golongan petani yang giat menggali ubat herba. Ini menyebabkan kemusnahan pada alam semula jadi dan kemarahan Raja Ulat... Apakah yang akan berlaku kepada Oka dan kawan-kawannya?

*Akan dilancarkan pada 28 Mac di A18-23 (Dewan 2) pukul 3.00 petang.

Koleksi Kachigo

Fox ialah pelajar Akademi Dapur Hebat. Disebabkan termakan makanan yang mempunyai sihir hitam, Fox berubah menjadi Kachigo. Dia terpaksa menyertai Permainan Makanan Gembira untuk mengumpul markah agar dapat mengembalikan rupa asalnya. Apakah cerita yang akan berlingkar antara watak-watak utama komik ini?

Kachigo diberi misi untuk mendapatkan tanduk Beruang Bulan manakala orang ramai memburu Beruang Bulan untuk mendapatkan hempedu Raja Beruang Bulan bagi mengubati penyakit misteri yang dihidapi oleh puteri Raja Kerajaan Bulan. Adakah penyakit aneh puteri dapat disembuhkan? Siapakah sebenarnya Raja Beruang Bulan? Adakah Kachigo dapat menyempurnakan misinya?

*Akan dilancarkan pada 20 Mac di A18-23 (Dewan 2) pukul 3.00 petang.

Manga Thai

Finding My Love

Cinta... bagi sesetengah orang, cinta adalah suatu perkara yang mudah, tetapi baginya... bukan begitu. Foam, gadis muda yang mengharapkan cinta sejati daripada seorang jejaka. Pencarian demi pencarian... pertemuan... dan perpisahan yang telah berlaku entah kali ke berapa... Namun begitu, dia masih tabah dan berusaha meneruskan pencarian cinta sejatinya itu.


Kemelut cinta... kisah percintaan yang tidak diketahui di mana titik noktahnya... Foam berada dalam dilema sama ada cinta kali ini ialah cinta sejati ataupun khayalan semata.

Jangan lupa dapatkan komik-komik ini di booth kitorang. Kartunis Oka dan Kachigo jugak akan turut berada kat sana!