Nota

Sebarang pertanyaan mengenai manuskrip novel, klik di sini atau e-melkan ke novelonenusantara@gmail.com.

25/02/2010

Astana Novella

Nancy ada berita baik untuk adik-adik yang suka membaca novel! Menjelang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 pada 19-28 Mac nanti, pihak kami akan menerbitkan tiga buah novel remaja Astana Novella untuk bacaan adik-adik. Jadi, jangan lupa dapatkan ketiga-tiga novel ini di sana ya. Ada T shirt percuma lagi untuk 500 pembeli terawal!

Keindahan petikan gitarnya dan suaranya membuatkan aku menemui jalan hidupku setelah berpisah dengan teman lelakiku. Dia hanya mahu dikenali dengan nama Mr. Pinky. Seorang lelaki yang berjalan tanpa arah tujuan dengan sebuah gitar 'kapak'nya menghiburkan orang-orang di sekelilingnya. Ini sebuah cerita kehidupan. Ini juga sebuah melodi kasih yang bermula dengan keindahan 'Pelangi'. Ini kisah antara aku, dia dan gitar...

Dalam banyak-banyak peraturan sekolah, peraturan mana lagi yang dia orang belum langgar? Datang dan balik sekolah sesuka hati, ponteng kelas, tak buat kerja rumah, menyakat budak perempuan, buat bising, bergaduh semuanya dia orang dah lalui. Cuma tinggal tak bakar sekolah aje. Ops! Kalau bakar sekolah, tak dapatlah dia orang ponteng kelas ya tak?


Anuar terpaksa menjadi hipokrit terhadap diri sendiri apabila kawan-kawannya mengejeknya tentang cita-citanya untuk menjadi seorang chef. Pertemuannya dengan Tiara telah membuatkan Anuar berani mencapai cita-citanya. Tapi ada kisah di sebalik kesungguhan itu. Dan kisah itu bermula di sini...

Untuk belian secara online, layari Bookstation :)

13/02/2010

Peluang Kerjaya

Pembantu Khidmat Pelanggan
(Customer Service Assistant)
diperlukan!

Bidang Tugas:
Menyelenggara kedai buku online bookstation.

Kriteria yang diperlukan:
1) Melayu
2) 18-23 tahun
3) Orang Kelantan

Gaji boleh dirunding

Hantarkan permohonan anda ke alamat:

Gemilang Publishing Sdn Bhd,
Lot 34A, Jalan 5/32A,
Mukim Batu 6 1/2,
Jalan Kepong
52000 Kuala Lumpur

ataupun menerusi e-mel

gp_buku@yahoo.com

29/01/2010

Di Pasaran Februari Ini!


Menarik dalam majalah info-nomik Nancy Drew #3, Rumah Patung Hantu,... isu kali ni, ND telah mengusha Alif Firdaus Azis yang terkenal dengan komik Orang Kuat, novel remaja dan ilmu silap matanya. Kalau korang nak tau apa rahsia Alif Firdaus Azis sebelum sampai ke tahap skang, korang kenalah baca dalam isu ni.

Pastu, kita ada cerpen baru dalam noberu iaitu 'Tiga Minit Harga Satu Nyawa'. Kali ni ialah kes pembunuhan. Lagi, kita ada temu bual eksklusif bersama Fakhrul Anour yang akan memperkatakan tentang buku terbarunya, 'Pentas Realiti Aspirasi Seni'. Seterusnya, kita ada komik Nancy Drew sendiri.

Kali ni, Nancy dan kawan-kawannya akan menyiasat mengenai rumah patung yang dikatakan berhantu gara-gara rumah patung tu seolah-olah dapat meramal apa yang akan terjadi ada masa akan datang. Leh caya ke? So, jangan lupa dapatkan majalah ni kat pasaran bulan Februari nanti ek :)

20/01/2010

Siapa Nak Kerja?

Gemilang Publishing Sdn Bhd yang beroperasi di Kepong, Kuala Lumpur sedang mencari individu yang berkelayakan bagi mengisi jawatan-jawatan berikut:

1) Editor novel (BM)

2) Event Planner

Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah memohon menerusi emel jobs_gp@yahoo.com ataupun menerusi pos di alamat Gemilang Publishing Sdn Bhd, Lot 34A, Jalan 5/32A, Mukim Batu 6 1/2, Jalan Kepong, 52000 Kuala Lumpur.

01/01/2010

Selamat Tahun 2010

Hai, adik-adik! Apa khabar adik-adik tahun baru ni? Mesti adik-adik tak sabar nak kembali ke sekolah berjumpa dengan kawan-kawan kan? Yang baru melangkah ke alam persekolahan mesti tak sabar nak kenal kawan baru manakala bagi yang baru nak melangkah ke sekolah menengah pula akan mengalami suasana baru. Bukan setakat baju dan beg je yang baru, sekolah, matapelajaran dan cikgu pun baru!

Adik-adik sudah dapatkan majalah info-nomik Nancy Drew #2 yang berjudul 'Batu Perintah Bertulis'? Isu kedua ni adalah isu terakhir Nancy Drew untuk tahun 2009. Banyak info menarik dan cerita menyeronokkan yang dimuatkan dalam isu ni. Dua isu lagi iaitu 'Rumah Patung Hantu' dan 'Gadis yang Tiada di Situ' bakal menyusul pada tahun 2010 ni. Jangan lupa dapatkan tau!

Akhir kata, semoga tahun 2010 ni akan menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua. Selamat tahun baru!

24/12/2009

Selamat Hari Natal!


Nancy baru je menyiapkan majalah info-nomik yang ke3, 'Rumah Patung Hantu' dan sekarang sedang dicetak. Nantikan keluarannya Februari 2010 nanti ya! Dan selamat hari Krismas!

27/11/2009

Erti Pengorbanan


Aidiladha disambut bagi memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah SWT.

Bagi orang biasa macam kita ni, kita boleh juga tunjukkan pengorbanan kita kepada orang yang kita sayang. Misalnya, mak dan ayah kita. Walaupun kita bekerja mencari nafkah di perantauan, jangan lupa menjenguk mak dan ayah kita di kampung. Mereka sudah banyak berkorban untuk kita sejak kita lahir lagi. Jika tidak sempat hendak pulang, apalah salahnya kalau kita berkorban sedikit duit untuk menelefon dan bertanya khabar mereka di kampung. Bergayut dengan awek/balak sepanjang malam boleh, kenapa hendak telefon mak dan ayah tak boleh?

Bagi adik-adik yang masih bersekolah pula, adik-adik boleh tolong mak dan ayah melakukan kerja-kerja rumah ataupun tolong jaga adik-adik. Jangan terlalu mementingkan rancangan televisyen sehingga mengabaikan perkara-perkara lain. Buat adik-adik yang sedang menduduki peperiksaan SPM, adik-adik harus berani mengorbankan 10 perkara yang kecil demi mencapai 1 kejayaan yang besar. Tidak mengapa jika adik-adik tidak dapat menonton rancangan kegemaran adik-adik di televisyen demi mengulang kaji pelajaran. Itulah pengorbanan.

Jangan risau, setiap pengorbanan yang kita lakukan pasti ada ganjarannya jika kita ikhlas dan bersabar.