Nota

Sebarang pertanyaan mengenai manuskrip novel, klik di sini atau e-melkan ke novelonenusantara@gmail.com.

01/03/2011

Akan Terbit

Nantikan kelahiran novel-novel di bawah label baharu kami, "Astana Fantasia" tidak lama lagi.
Antasia: Satu Permulaan (Nurfa)
- urban fantasi -


Kejadian di pusat membeli-belah Antasia telah mengubah kehidupan normal yang dimiliki oleh Lucas Shah Putera. Kejadian itu juga turut meninggalkan kesan yang mendalam apabila Luna Lusia disahkan "hilang". Namun, diari Luna Lusia membantunya menyelesaikan kebuntuan yang dialaminya dan dia terpaksa mengakui bahawa "dunia" itu wujud.


The Untold Story (Farah Husain)
- urban fantasi -


Pertemuannya dengan Diaz, lelaki kacak yang mempesonakan telah mengheret Teja Aira ke sebuah dunia gelap yang tidak disedari kewujudannya. Di dunia itu, Aira mengenali Night Crawler yang dingin, Shifter yang menakutkan dan Custos yang menyenangkan. Siapakah mereka? Mengapakah kehadiran mereka perlu dirahsiakan? Dan mengapakah Aira turut terheret dalam pertelingkahan yang sudah berlanjutan selama beratus tahun ini?


Janji Julia (Maria Kajiwa)
- aksi thriller -


Pada tahun 2050, Malaysia telah dilanda wabak Rhyto F99 dan diancam oleh puak pemberontak yakni No-Mondus. Dalam situasi genting itu, Julia telah berjanji kepada sahabat baiknya, Mimi untuk menghantarnya pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat. Mampukah mereka mencari jalan pulang? Mampukah sebuah janji ditunaikan walau bayarannya adalah nyawa?

02/02/2011

Gong Xi Fa Cai


Selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada semua yang menyambutnya.

01/01/2011

2011


Kami sentiasa berusaha membekalkan bahan bacaan yang terbaik untuk anda. Nantikan lebih banyak lagi bahan bacaan terbitan kami pada tahun 2011 ini.

15/12/2010

Aktiviti Pentas Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur 2010


22 Disember 2010 (Rabu)

2.00 petang


Bermesra bersama kartunis Komikku Daiichi

(Aliow, Totoro, Clay & James Lu)



3.00 petang


Tarian 1 Malaysia

(SJKC Kuen Cheng 2 & SJKC Serdang 1)




23 Disember 2010 (Khamis)

10.00 pagi


Siri bercerita kisah klasik Cina dalam DwiBahasa

(Kavyan, Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Selangor dan Gemilang Publishing Sdn Bhd)




26 Disember 2010 (Ahad)

2.00 petang


Bermesra bersama novelis One Nusantara & Exact Publisher

(Ilmar Imia, Izan Ali, NurFa, Chi Seng, Sun Jin, Fang Ken, Tong Fan, Mei Ling, Chip Kang & Lie Yew)


*Gerai kami ialah B72-75 (buku bahasa Melayu & Inggeris) dan C06-09 serta C19-22 (buku bahasa Cina)

01/12/2010

Pesta Buku Kanak-kanak KL 2010


Bagi yang tidak berkesempatan ke The Mines pada 19 hingga 28 November yang lalu, anda masih berpeluang untuk mendapatkan buku-buku terbitan kami di PWTC sempena Pesta Buku Kanak-kanak Kuala Lumpur 2010 yang akan berlangsung pada 22 hingga 26 Disember ini.

Untuk maklumat lanjut tentang nombor gerai dan aktiviti yang akan diadakan di sana nanti, anda bolehlah melayari blog One Nusantara ataupun laman web ini.

Selain siri Astana Novella, beberapa judul buku dan komik baru turut akan dijual di sana. Hendak tahu buku apa? Rajin-rajinlah jenguk ke sini ya :)

19/11/2010

Astana Novella di The Mines


Kepada anda yang berada berhampiran dengan Malaysia International Exhibition & Convention Centre (MIECC), The Mines, mari singgah ke sana sempena pesta buku yang berlangsung pada 19 hingga 28 November ini. Siri novel Astana Novella juga akan turut dijual di sana iaitu di gerai yang bernombor G1.

17/11/2010

Raya dan Cuti


Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha dan selamat bercuti kepada anda yang sedang ataupun akan bercuti panjang. Nantikan novel dan komik baru terbitan kami yang akan menemani cuti anda pada Disember ini.