Nota

Sebarang pertanyaan mengenai manuskrip novel, klik di sini atau e-melkan ke novelonenusantara@gmail.com.

19/07/2010

Pesta Buku Johor 2010





Tarikh: 29 Julai - 3 Ogos

Masa: 10.00 pagi - 9.00 malam

Tempat: Danga City Mall, Johor Bahru





Kunjungi gerai kami yang bernombor 63 dan 65. Pelbagai jenis bahan bacaan dan genre menanti anda selain diskaun istimewa!



Masuk adalah PERCUMA!

14/07/2010

Penterjemah Mandarin-BM Diperlukan


Jika anda boleh membaca tulisan Mandarin dan dapat menterjemahkannya ke bahasa Melayu, andalah orang yang kami cari!

Kami memerlukan penterjemah untuk menterjemahkan teks daripada bahasa Mandarin ke bahasa Melayu untuk komik dan novel.

Anda boleh bekerja pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja anda berada. Segala urusan akan dijalankan menerusi e-mel sahaja.

Jika berminat, anda bolehlah menghantar permohonan ke alamat e-mel onenusantara@gmail.com ataupun menghubungi talian 03-62503396 (Aimi).

12/07/2010

Jom Lukis Poster Oka!

Sejajar dengan perkembangan blogspot, Nancy juga tidak mahu ketinggalan untuk menukar layout...hehe... Okey, Nancy ada info yang hendak dihebahkan kepada kau orang.

Kau orang pernah baca majalah Oka? Kalau pernah, mesti kau orang perasan ada poster mini dalam setiap isu, bukan?





Nah, sekarang Oka membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk melukis poster mini Oka dengan syarat poster tersebut mestilah memaparkan karakter-karakter dalam siri Oka mengikut kreativiti kau orang sendiri dan berwarna (digital).




Contoh,


1) Poster mini garapan Puyuh dalam isu ke-5 Oka






2) Poster mini garapan Ben dalam isu ke-9 Oka.





Bagi poster mini yang terpilih, pelukisnya akan menerima hadiah misteri! Kalau hendak tahu apa hadiahnya, kenalah hantar dulu :)

Selain itu, Oka juga akan menyiarkan sedikit maklumat mengenai pelukisnya di bawah poster mini tersebut. Berminat? Kalau kau orang berminat, kau orang bolehlah menghantar poster kau orang tu ke alamat e-mel gp_oka@yahoo.com

05/07/2010

Rembat Komik Nancy Drew Sekarang!

Hari ni dah masuk hari terakhir Pesta Buku Selangor 2010 di Kompleks PKNS, Shah Alam. Kepada sesiapa yang belum pergi ke sana lagi, jangan lepaskan peluang untuk menikmati diskaun istimewa di booth Nancy dan kawan-kawan yakni Booktation.

Selain komik, buku dan novel yang Nancy nyatakan dalam entri yang lalu, korang juga boleh memiliki keempat-empat komik Nancy Drew sama ada dalam bahasa Melayu ataupun bahasa Inggeris dengan harga RM31.90 sahaja dan majalah info-nomik Nancy Drew dengan harga RM2.00 senaskhah.



Komik Nancy Drew

Harga asal: RM9.90 (setiap nashah)
Harga diskaun: RM31.90 (4 naskhah)

Majalah Info-Nomik Nancy Drew

Harga asal: RM5.90 (setiap naskhah)

Harga diskaun: RM2.00 (setiap naskhah)

Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan koleksi komik Nancy Drew korang sekarang!!!


01/07/2010

Tawaran Hebat!

Nikmati harga diskaun istimewa apabila anda membeli produk kami di gerai Bookstation (D5-D6) sempena Pesta Buku Selangor 2010 yang sedang berlangsung di Kompleks PKNS, Shah Alam sekarang sehingga 5 Julai ini.
Manga Thai

Harga asal: RM5.50

Harga diskaun: RM4.95

Koleksi Oka dan Kachigo

Harga asal: RM7.50
Harga diskaun: RM6.75


Komik Keselamatan Diri


Harga asal: RM8.90
Harga diskaun: RM8.00


Hakim Bao Pengadil Terunggul

Harga asal: RM10.90
Harga diskaun: RM8.70


Astana Novella


Harga asal: RM19.90

Harga diskaun: RM15.90

Jangan lepaskan peluang memilikinya serta temui kartunis dan novelis kami di sana!

21/06/2010

Jom Kita ke Shah Alam!

Temui kami pada 25 Jun hingga 5 Julai ini di Kompleks PKNS, Shah Alam mulai jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam sempena Pesta Buku Negeri Selangor 2010.





Pelbagai genre buku, komik, majalah dan novel ada di sana selain berpeluang bertemu dengan kartunis dan novelis kami di booth D5 dan D6 :~


26 Jun (Sabtu)

12.30 pm - 2.00 pm: Clay (Kachigo)

2.00 pm - 3.00 pm: Nurfa (Aku, Dia & Gitar)

3.00 pm - 4.00 pm: Aliow (Oka)

4.00 pm - 6.00 pm: Bengkel Teknik Melukis Bersama Aliow di pentas utama



27 Jun (Ahad)

12.00 pm - 1.00 pm: Bersama Clay di pentas utama

1.00 pm - 2.30 pm: Clay (Kachigo)

2.30 pm - 4.00 pm: Totoro (Oka)

4.00 pm - 5.30 pm: James Lu (Kelas Durian D)



3 Julai (Sabtu)

12.00 pm - 1.00 pm: Bersama penulis Astana Novella di pentas utama

1.00 pm - 2.00 pm: Nurfa (Aku, Dia & Gitar), Ilmar Imia (Budak SMART) & Izan Ali (Buku Bunga-bunga)

2.00 pm - 5.00 pm: Clay (Kachigo)



4 Julai (Ahad)

12.30 pm - 1.30 pm: James Lu (Kelas Durian D)

1.30 pm - 2.30 pm: Nurfa (Aku, Dia & Gitar), Ilmar Imia (Budak SMART) & Izan Ali (Buku Bunga-bunga)

2.30 pm - 4.00 pm: Totoro (Oka)

4.00 pm - 6.00 pm: Bersama Totoro di pentas Utama




JUMPA ANDA DI SANA YA!!!

14/06/2010

Review ADG dalam Utopia 180

Kenapa? Tak percaya? Kalau tak percaya, belek kolum Book-U! Thanks to Pjoe dan sidang redaksi Utopia :)


Aku, Dia & Gitar
dalam

Ya, insya-Allah 'Budak SMART' dan 'Buku Bunga-bunga' juga akan menyusul. Boleh kan, Pjoe? Ya, ya, ya? :)