Nota

Sebarang pertanyaan mengenai manuskrip novel, klik di sini atau e-melkan ke novelonenusantara@gmail.com.

30/04/2009

Pengumuman!

Anda peminat puteri detektif Nancy Drew?

Anda ada gambar peribadi yang ingin dikongsikan bersama pembaca siri Nancy Drew yang lain?

Mahu gambar anda itu tersiar dalam novel grafik Nancy Drew?

Tunggu apa lagi? Hantarkan gambar anda ke e-mel puteridetektif@gmail.com


08/04/2009

Temui Nancy Drew!

Akan datang di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009
Buku 1: Sertailah Nancy Drew, Bess Maruin dan George Fayne dalam misi mencari pelajar yang hilang ketika membuat penggambaran di dalam hutan dan membongkar rahsia 'raksasa' Sungai Heights.

Buku 2: Nancy Drew dan kawan-kawannya Ned Quentin, Bess Martin dan George Fayne menghadapi masalah besar apabila seorang budak lelaki hilang bersama sebuah artifak. Artifak tersebut ialah seketul batu yang dapat membuktikan yang orang Cina telah berada di benua Amerika 80 tahun sebelum Christopher Columbus tiba di Amerika. Dapatkah Nancy Drew menyelesaikan kes ini?


Buku 3: Setiap orang di bandar memakai kostum tahun 1930-an sempena Minggu Nostalgia. Semua orang berasa gembira sehinggalah rumah patung antik milik Emma Blavatsky mula menunjukkan situasi jenayah yang mirip kepada situasi jenayah sebenar. Adakah benar rumah patung itu berhantu?

Buku 4: Nancy Drew mendapat seorang kawan baru bernama Kalpana. Pada suatu malam, Kalpana menghubungi Nancy bagi meminta pertolongannya. Tiba-tiba talian terputus. Nancy Drew membuat keputusan untuk pergi ke India bagi mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku. Adakah Nancy Drew dapat mencari kawannya ataupun Nancy Drew turut akan hilang bersama?

Cuma RM9.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM10.90 (Sabah/Sarawak)