Akan datang di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009
Buku 1: Sertailah Nancy Drew, Bess Maruin dan George Fayne dalam misi mencari pelajar yang hilang ketika membuat penggambaran di dalam hutan dan membongkar rahsia 'raksasa' Sungai Heights.
Buku 3: Setiap orang di bandar memakai kostum tahun 1930-an sempena Minggu Nostalgia. Semua orang berasa gembira sehinggalah rumah patung antik milik Emma Blavatsky mula menunjukkan situasi jenayah yang mirip kepada situasi jenayah sebenar. Adakah benar rumah patung itu berhantu?
Buku 4: Nancy Drew mendapat seorang kawan baru bernama Kalpana. Pada suatu malam, Kalpana menghubungi Nancy bagi meminta pertolongannya. Tiba-tiba talian terputus. Nancy Drew membuat keputusan untuk pergi ke India bagi mengetahui apa sebenarnya yang telah berlaku. Adakah Nancy Drew dapat mencari kawannya ataupun Nancy Drew turut akan hilang bersama?
Cuma RM9.90 (Semenanjung Malaysia) dan RM10.90 (Sabah/Sarawak)