Nota

Sebarang pertanyaan mengenai manuskrip novel, klik di sini atau e-melkan ke novelonenusantara@gmail.com.

31/10/2009

Betul ke Hantu Tu Wujud?

Wah, nampaknya kita dah sampai ke penghujung bulan Oktober 2009! Esok dah masuk bulan November. Adik-adik yang sekolah tu mesti happy sakan sebab dah nak cuti sekolah. Bagi adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan SPM pulak mesti berdebar-debar menanti peperiksaan besar ni. Relaks. Asalkan adik-adik rajin buat ulang kaji, Kak Nancy yakin adik-adik dapat jawab semua soalan tu dengan tenang :)

Actually, Nancy baru je balik dari pesta buku kat Kolej Yayasan Melaka dan Mersing. Seronok dapat jumpa adik-adik yang datang ke pesta buku tu. Meriah sangat! Tambah-tambah lagi ada kartunis Oka, Aliow dan Totoro serta Clay, kartunis Kachigo. Memang tak menang tangan diorang nak melayan permintaan adik-adik yang mahukan autograf diorang. Apa-apa pun, Nancy harap adik-adik yang datang berpuas hati. Ada rezeki, kita jumpa lagi.

Kat pesta buku tu jugak, Nancy dapat tahu antara keempat-empat komik Nancy Drew, 'Rumah Patung Hantu' la yang paling diminati oleh adik-adik. Adik-adik memang suka cerita hantu dan seram ek? Nancy pun tengah siapkan 'Rumah Patung Hantu' versi majalah. So, adik-adik jangan lupa dapatkan majalah ni nanti ek. Nancy jamin adik-adik takkan rugi beli majalah ni coz Nancy jugak berusaha bagi memastikan yang terbaik untuk adik-adik.

21/10/2009

Jom Kita Dating!

Sempena pesta buku kat Kolej Yayasan Melaka pada 22 hingga 24hb ni, Nancy akan berada kat sana bersama-sama Oka, Kachigo dan Hardy Boys.


26 hingga 28hb pulak Nancy dan kawan-kawan akan berada kat SJKC Pai Chee, Mersing, Johor.


Jom sama-sama memeriahkan acara itu. Banyak hadiah menarik dan aktiviti disediakan untuk korang. Jom, jom! :)

15/10/2009

Yang Menarik Dalam Majalah Info-Nomik ND#2

Usha
AVA Mahu Membela Nasib Penulis

Komik ND
Batu Perintah Bertulis

Do It
KorakoraART


X-Pose
Batu Bersurat dan Artifak Sebagai Bukti Sejarah

Noberu
Mencari Harta Karun 2


Nomik Previu & Interbiu
Budak Span dan Kem Chimera

06/10/2009